Rosli Kader jaguh lumba basikal negara yang berjaya melakarkan namanya seiring dengan jaguh pelumba negara yang lain seperti Ng Joo Ngan, adiknya Ng Joo Pang, Nordin Puteh, Shahrudin Jaafar dan Andrew Michael di waktu bintangnya bergemerlapan.
Rosli Kader dilahirkan pada Jun 1940 berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Beliau yang menamatkan bidang kerjaya ini pada usia 33 tahun.
KEJAYAAN:
• 1962- Sukan Asia 100km berpasukan (pingat gangsa)
• 1963- Sukan Komanwel di Australia 100km (pingat emas), 200km berpasukan (pingat gangsa)
• 1964- Sukan Olimpik di Jepun
• 1966- Sukan Asia di Thailand
• 1967- Sukan Seap 100km berpasukan
• 1970- 200km lebuh raya Asean (pingat gangsa)
• 1971- Sukan Seap 100km (pingat perak)











