BUKAN mudah menempah tiket ke Olimpik, namun bagi bekas jaguh taekwondo wanita, M Vasugi kemampuan meraih pingat perak pada penyertaan pertama di Sukan Sea 1987 membawa tuah buatnya apabila kejayaannya itu dijadikan sebagai faktor pemilihan untuk mewakili negara ke temasya yang berlangsung di Seoul pada 1988.
Vasugi yang berasal dari Klang, Selangor berjaya membawa pulang gangsa dalam Sukan Olimpik 1988. Pencapaian bersejarah itu sudah cukup bermakna buat Vasugi serta Persatuan Taekwondo Malaysia.
ANUGERAH: Anugerah Jurulatih Pembangunan Wanita 2003
PENCAPAIAN:
1987 - Pingat perak Sukan Sea Jakarta
1988 - Pingat gangsa Sukan Olimpik Seoul
1989 - Pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur
1990 - Pingat emas Kejohanan Jemputan Dunia Kuala Lumpur
1991 - Pingat emas Sukan Sea Manila











