m-logo
  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Bahasa MalaysiaEnglish
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Anda di sini: Pencapaian > Sukan > Sazali Samad

Sazali Samad

emel Cetak PDF
Sazali Samad ialah seorang atlet bina badan Malaysia. Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Sazali Samad yang sudah berkahwin banyak melakukan senaman angkat besi di pusat latihan bina badan Polis Diraja Malaysia PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur dan juga di gimnasium rakyat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sazali Samad juga merupakan salah seorang ahli Bina Badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha,  Qatar.

Pencapaian
2006
• Pingat perak Sukan Asia di Doha, Qatar
• Juara Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia Bantamweight (65kg), di Republik Czech

2005
• Naib Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Duniakategori Bantamweight (65kg) di Shanghai, China.
• Naib Juara bina badan kategori Bantamweight Sukan SEA di Manila, Filipina.
• Naib Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

2004
• Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia 2004, kategori Bantamweight (65kg) di Moscow, Rusia.
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

2003
• Tempat Ke-tiga Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia 2003 kategori Bantamweight (65kg) di Mumbai, India.
• Naib Juara kategori Lightweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia.

2000
• Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg) di Melaka, Malaysia.
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1999
• Tempat Ke-empat Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1998
• Tempat Ke-enam Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1997
• Tempat Ke-empat kategori Bantamweight Pertandingan Sukan Bina Badan Dunia IFFB
• Tempat Ke-enam Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)
• Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
• Juara bina badan kategori Bantamweight Sukan SEA di Jakarta, Indonesia

1996
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995
• Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994
• Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993
• Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
• Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992
• Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah
2007
• Olahragawan Lelaki Tahunan 2006 (Anugerah Sukan Kebangsaan Malaysia2007)
• Anugerah Melayu Cemerlang UMNO