m-logo
  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Bahasa MalaysiaEnglish
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Anda di sini: Pencapaian > Sukan > Dato' Mokhtar Dahari

Dato' Mokhtar Dahari

emel Cetak PDF
Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Mokhtar Dahari meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi disebabkan penyakit Mascular Dystrophy.