Datuk Nicol Ann David (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita Nombor 1 di dunia, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu.
Dilahirkan di Pulau Pinang, Datuk Nicol ialah anak perempuan kepada Desmond David dan Ann Marie David. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang guru. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl.
(Pernyataan: Pada 12 Julai 2008, Nicol telah dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran "Datuk" dan merupakan penerima termuda gelaran tersebut di Pulau Pinang.)











