Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia. Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh, Perlis seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh berdekatan Padang Besar seluas lebih kurang 300 ekar. Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.











