Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademik Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai
organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian diperingkat Sarjan Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.
Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping
memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja dan Tentera Udara Malaysia DiRaja Malaysia.











