Universiti Malaya (UM) adalah universiti tertua di Malaysia yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada bulan April 1949 di Singapura dengan gabungan kepada Kolej Perubatan King Edward VII serta Kolej Raffles.
Selaras dengan perkembangannya, sebuah cawangan telah dibuka di Kuala Lumpur pada 1959. Dan pada 1960, kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menukar kedua-dua cawangan ini kepada universiti kebangsaan. Suatu undang-undang telah diluluskan pada 1961 dan pada 1 Januari 1962 Univeriti Malaya ditubuhkan.











