Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti negara yang keenam di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM "Ilmu, Budi, Bakti".
Pada masa ini, UUM mempunyai 13 buah fakulti, dua institut dan 15 kolej kediaman pelajar. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.











