m-logo
  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Bahasa MalaysiaEnglish
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Anda di sini: Pencapaian > Pendidikan

Pendidikan: Universiti Awam

Universiti Malaysia Kelantan

emel Cetak PDF

umkUniversiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diumumkan penubuhannya semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31 Mac 2006. Ia kemudiannya diluluskan penubuhan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006 dan diwartakan sebagai Universiti Awam yang kesembilanbelas ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia.

Maklumat lanjut

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

emel Cetak PDF

kuihtoKolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi, serta pendidikan teknik dan vokasional.

KUiTTHO bermula sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993. Pada tahun 1996, institusi ini telah dinaik taraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) di bawah pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumat lanjut

Universiti Malaysia Perlis

emel Cetak PDF

unimapUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP), sebelum ini  dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia. Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh, Perlis seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh berdekatan Padang Besar seluas lebih kurang 300 ekar. Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.

Maklumat lanjut

Universiti Malaysia Pahang

emel Cetak PDF

umpahangUniversiti Malaysia Pahang (UMP), dahulunya dikenali Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia or KUKTEM). Universiti ini mempunyai mempunyai talian tanpa wayar (connection wireless) yang pertama di Asia Pasifik.

Maklumat lanjut

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

emel Cetak PDF

unitemUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini teleh diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri.

Maklumat lanjut

Universiti Malaysia Terengganu

emel Cetak PDF

umtUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Tanggal 1 Februari 2007, KUSTEM secara rasminya telah ditukar nama dan dinaiktaraf kepada UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ataupun UMT, IPTA ke-14.

Maklumat lanjut

Universiti Sains Islam Malaysia

emel Cetak PDF

usimUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Maklumat lanjut

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

emel Cetak PDF

upnmSejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademik Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai
organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian diperingkat Sarjan Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian  di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun  iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.

Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping
memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja dan Tentera Udara Malaysia DiRaja Malaysia.

Maklumat lanjut

Universiti Darul Iman Malaysia

emel Cetak PDF

udiImpian penubuhan universiti penuh pertama di Terengganu dan Pantai Timur, menjadi satu realiti apabila Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ditubuhkan pada 1 Januari 2006. UDM setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

UDM Kampus KUSZA akan memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvensional. Manakala UDM Kampus Kuala Terengganu menawarkan program dalam bidang Kesihatan Bersekutu dan UDM Kampus Besut pula akan dibangunkan dengan niche dalam bidang pertanian seperti bio-teknologi pertanian dan lain-lain kursus yang berkaitan. Kursus-kursus yang ditawarkan ditiga kampus berkenaan tidak akan bertindih dan mempunyai pengkhususan bidangnya tersendiri.

Adalah diharapkan UDM akan dapat melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang melalui merekayasa ilmu, menggalakkan keterbukaan, menanam sikap kebertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian demi manfaat manusiawi. UDM juga berharap untuk melahir dan membentuk pemimpin yang bakat dan pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa.

Maklumat lanjut

Universiti Teknologi MARA

emel Cetak PDF

uitmUiTM adalah institut pengajian tinggi utama di Malaysia yang telah banyak mengalami perubahan sejak penubuhannya pada 1956. Universiti ini telah berkembang dengan mempunyai 3 kampus utama, 12 kampus cawangan, 8 kampus bandar (city campus), 19 kolej gabungan serta sebuah kampus bestari yang masih dalam perancangan. Pada awalnya UiTM dikenali dengan nama ITM diamanahkan bagi menyediakan para pelajar dengan ilmu akademik serta kemahiran penyesuaian diri sebelum menyambung pelajaran ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, German, Perancis, Jepun, Korea serta negara Timur Tengah.

Maklumat lanjut

Universiti Pendidikan Sultan Idris

emel Cetak PDF

upsi-logoUniversiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris. Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".

Lawat Web

Universiti Malaya

emel Cetak PDF

umUniversiti Malaya (UM) adalah universiti tertua di Malaysia yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada bulan April 1949 di Singapura dengan gabungan kepada Kolej Perubatan King Edward VII serta Kolej Raffles.

Selaras dengan perkembangannya, sebuah cawangan telah dibuka di Kuala Lumpur pada 1959. Dan pada 1960, kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menukar kedua-dua cawangan ini kepada universiti kebangsaan. Suatu undang-undang telah diluluskan pada 1961 dan pada 1 Januari 1962 Univeriti Malaya ditubuhkan.

Maklumat lanjut

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

emel Cetak PDF

iiumUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam. Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur. Pusat Matrikulasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Maklumat lanjut

Universiti Utara Malaysia

emel Cetak PDF

uumUniversiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti negara yang keenam di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM "Ilmu, Budi, Bakti".

Pada masa ini, UUM mempunyai 13 buah fakulti, dua institut dan 15 kolej kediaman pelajar. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.

Maklumat lanjut

Universiti Sains Malaysia

emel Cetak PDF

usmUniversiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang tertua di Malaysia.

Kini, USM mempunyai dua kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.

Maklumat lanjut

Mukasurat 1 dari 2