m-logo
  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Bahasa MalaysiaEnglish
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Anda di sini: Pencapaian > Pembangunan Infrastruktur

Pembangunan Infrastruktur

1999 - Putrajaya

emel Cetak PDF

Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).

Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Lawat Web

1999 - Istana Budaya

emel Cetak PDF

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 dan proses penubuhannya dimulakan pada tahun 1971 oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Pada tahun 1994 pula, perancangan pembinaan bangunan Panggung Negara(sebelum dikenali sebagai Istana Budaya) bermula.Proses pembinaannya dimulakan pada tahun 1995 dan tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1998, Panggung Negara berpindah ke premis barunya yang terletak di Jalan Tun Razak. Pada bulan Mei 1999 menyaksikan logo Istana Budaya dilancarkan dan pada 15 September 1999, Istana Budaya yang dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara telah dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed.

Lawat Web

1998 - Laluan Kedua Malaysia-Singapura

emel Cetak PDF

Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), ialah sebuah rangkaian jambatan lebuh raya yang menghubungkan Johor, Malaysia dengan Singapura. Lebuh raya sepanjang 44 kilometer itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Laluan Kedua ini telah dibuka secara rasminya pada 18 April 1998.

Lawat Web

1998 - Kompleks Sukan Negara Malaysia

emel Cetak PDF

Kompleks Sukan Negara Malaysia yang indah dan mengkagumkan dibina khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Kompleks Sukan Negara ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan.

Kawasan utama Kompleks Sukan Negara terdiri dari tiga bangunan sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 100,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Putra. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.

Lawat Web

1998 - Sistem Transit Rel Ringan PUTRA

emel Cetak PDF

Sistem transit rel ringan PUTRA yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem yang meliputi laluan sejauh 29km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32km pada tahun 2000.

Sistem ini kini dikenali sebagai Kelana Jaya Line(KLJ) sejak July 2005.

Lawat Web

1998 - Wetland Putrajaya

emel Cetak PDF

Wetland Putrajaya yang terletak di pinggir pusat pentadbiran baru Malaysia adalah taman paya air tawar buatan yang terbesar di kawasan tropika. Di samping berperanan sebagai pusat pendidikan, riadah dan eko-pelancongan, taman ini berfungsi sebagai sistem kawalan banjir dan penampung sistem penapisan air semulajadi bagi keseluruhan 600 hektar Tasik Putrajaya. Lebih dari 70 spesies tanaman paya dan 24 spesies ikan air tawar telah dibiakkan di taman ini.

Lawat Web

1998 - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

emel Cetak PDF

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di daerah Sepang, Selangor, 50 kilometer dari Kuala Lumpur adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998, ia juga merupakan hab utama bagi Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Cogan katanya lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" . Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

Lawat Web

1997 - Kereta kabel Genting Skyway

emel Cetak PDF

Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 6 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam.

Lawat Web

1996 - Menara Berkembar Petronas

emel Cetak PDF

Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional.

Lawat Web

1996 - Menara Kuala Lumpur

emel Cetak PDF

Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. Dibuka pada 1996, menara ini menampilkan rekabentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direkabentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn Bhd dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman.

Lawat Web

1994 - Lebuh Raya Utara-Selatan

emel Cetak PDF

Lebuh Raya Utara-Selatan adalah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi sembilan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.

Lebuh raya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.

Lawat Web

1992 - Keretapi Tanah Melayu Berhad

emel Cetak PDF

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (Malayan Railway Administration), ia kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Bhd atau KTMB) kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. KTM menawarkan 2 jenis perkhidmatan, KTM Antarabandar dan KTM Komuter.

Lawat Web

1988 - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

emel Cetak PDF
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di bandaraya Shah Alam, yang boleh memuatkan 24,000 pada satu-satu masa, adalah yang masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga mempunyai menara tertinggi dan kubah rumah ibadat yang terbesar di dunia. Kubahnya mempunyai ketinggian 106.7m pada puncaknya dan bergarispusat sepanjang 51.8m. Masjid ini siap dibina pada 11 Mac 1988.

1985 - Jambatan Pulau Pinang

emel Cetak PDF

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Lawat Web.

Pengenalan

emel Cetak PDF
Pelaksanaan sesebuah program/projek pembangunan akan melalui satu kitaran hayat projek (Project Life Cycle) yang merangkumi proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang komprehensif dan terperinci bagi memastikan program/projek tersebut selaras dengan dasar yang telah ditetapkan.

Proses perancangan yang mantap akan melibatkan kerjasama dari peringkat bawahan/daerah bagi membantu pihak atasan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan pelaksanaan sesuatu program/projek yang telah dirancangkan. Dalam aspek pemantauan projek pula, Jentera Penyelarasan Pelaksanaan yang terbentuk di bawah Arahan No.1, 2004 Majlis Tindakan Negara menggariskan tugas dan tanggungjawab setiap peringkat iaitu Persekutuan, Negeri dan Daerah dalam penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan Negara.

Selain jentera di bawah Arahan No. 1, 2004, beberapa sistem pemantauan telah dibangunkan dan digunapakai bagi memastikan keberkesanan mekanisme pemantauan. Bermula dengan sistem Buku Merah pada tahun 1957, diikuti SPP I pada tahun 1971, SETIA (1981), SIAP (1991), SMBSS (1996) dan seterusnya SPP II (2001).

Pencapaian dalam bidang pembangunan dapat diukur melalui prestasi perbelanjaan daripada peruntukan pembangunan yang telah diperuntukkan pada setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Dalam RMK-6, sebanyak RM54.7 bilion atau 93.5% telah dibelanjakan daripada RM58.5 bilion yang telah diperuntukkan. Dalam RMK-7, sebanyak RM99.0 bilion atau 95.6% telah dibelanjakan daripada RM103.6 bilion yang telah diperuntukkan. Manakala pada RMK-8, sebanyak RM169.1 bilion atau 99.5% telah dibelanjakan daripada RM170.0 bilion yang diperuntukkan. Sementara itu bagi RMK-9 pula, sehingga 31 Mac 2007, prestasi perbelanjaan pelaksanaan projek-projek pembangunan telah mencapai RM41.4 bilion atau 20.6% daripada jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM200.0 bilion.

pencapaian_fizikal_chart

Nota : * Perbelanjaan sehingga 31 Mac 2007
Tidak termasuk RM20 bilion disediakan bagi projek PFI

Dalam tempoh RMK-9, sebanyak 48,755 projek sedang dilaksanakan oleh 28 kementerian. Sehingga 31 Mac 2007, sebanyak 18,400 projek atau (37.7%) Dalam Perancangan, sebanyak 3,984 projek atau (8.2%) Belum Mula, 673 projek atau (1.4%) Lewat Jadual, 13,335 projek atau (27.4%) Ikut Jadual, 357 projek atau 0.7% Dahului Jadual dan sebanyak 12,006 projek atau (24.6%) Sudah Siap.

Status Projek RMK-9 sehingga 31 Mac 2007

Status Bilangan Projek Peratusan (%)
Dalam Perancangan 18,400 37.7
Belum Mula 3,984 8.2
Lewat Jadual 673 1.4
Ikut Jadual 13,335 27.4
Dahulu Jadual 357 0.7
Sudah Siap 12, 006 24.6

 

 

Pada 16 Mac 2005, Kabinet telah memutuskan supaya ICU JPM dipertanggungjawabkan melaksanakan penilaian outcome yang menekankan output dan impak bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh kementerian, jabatan/agensi dan badan berkanun di peringkat persekutuan dan negeri. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses peralihan strategik kepada penekanan terhadap perancangan, nilai untuk wang dalam pelaksanaan program/projek pembangunan negara. Hasil penilaian dapat membantu pihak berkaitan membuat keputusan sama ada mengekalkan, menambahbaik atau membatalkan sesuatu pelaksanaan projek pembangunan. Penilaian juga dapat mengenalpasti sama ada projek yang dilaksanakan itu memberi faedah atau sebaliknya kepada kumpulan sasar. Di samping itu, ia juga dapat menterjemahkan akauntabiliti, integriti dan ketelusan sistem penyampaian kerajaan dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.

Malaysia kini dalam proses menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, Kerajaan telah memperkenalkan Misi Nasional iaitu satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan yang menggariskan keutamaan negara terhadap pelaksanaan program/projek pembangunan. RMK-9 merupakan tempoh lima tahun yang pertama dalam mencapai hasrat misi tersebut yang mengandungi lima (5) teras utama iaitu:
  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ’minda kelas pertama’;
  3. Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif;
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Penekanan yang telah diberikan oleh pimpinan tertinggi negara menyebabkan ICU JPM sebagai agensi utama pemantauan mengambil pendekatan untuk memantau pelaksanaan program/projek pembangunan sejajar dengan kelima-lima teras Misi Nasional yang telah ditetapkan. Melalui mekanisme pemantauan SPP II yang dibangunkan oleh ICU JPM, status pelaksanaan projek dan prestasi perbelanjaan peruntukan yang disalurkan dapat diterjemahkan berdasarkan lima teras tersebut.

 

p_infra
Kompleks Pejabat Kastam Kelana Jaya; Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Melaka; Kompleks Custom, Immigration and Quarantine (CIQ), Johor Bahru;  Projek Perumahan Rakyat Jalan Cochrane Wilayah Persekutuan.

   

Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)