Sejarah tercipta di Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003 apabila perenang maraton negara, Abdul Malik Mydin memahatkan nama Malaysia di Wishant dekat sini selepas berjaya melakukan renangan dari Dover, England sejauh 32.8km dalam masa 17 jam 30 minit. Kejayaan wira samudera itu sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama berjaya melakukan renangan di selat yang penuh cabaran itu, sejak kali pertama dilakukan oleh Kapten Matthew Webb pada tahun 1875.









