Adik beradik Read, iaitu Gerald Read (25 tahun) dan Justin Read(19 tahun) telah berjaya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila rakyat Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di Darjah Terakhir Kutub Utara.
Gerald dan Justin mencipta sejarah gemilang tersebut pada 20 April 1999 jam 7.27 pagi waktu Malaysia. Selain daripada mencatat rekod sebagai rakyat Malaysia yang pertama melakukan misi itu, Justin yang baru berusia 19 tahun mungkin akan mencatatkan rekod sebagai peserta termuda yang berjalan di kutub itu.








