IN a sampan, being rowed upriver, the little girl admires the tiger head tattoo on her father's calf. Her mother tells her it is a symbol of strength and courage. "Ah, so that is why you married Apai (father)," said little girl wagging her finger. The family goes to a bank in a small town where they deposit some money and the mother teaches the daughter "that money is not everything."
Keratan Akhbar
Roadshow to instil Merdeka spirit in youths
JOHOR BARU: All Malaysians, especially the younger generation, must cherish the Merdeka spirit to foster unity and avoid social ills. State Youth and Sports Committee chairman Md Jais Sarday said that reflecting on and understanding the struggle for the country's independence would broaden the minds of youths. "It will teach them not to take the country's independence for granted."I think youth these days do not know, let alone cherish, the meaning of Merdeka," he said. Md Jais said the youths should learn from their forefathers, who embodied unity especially after independence. "People back then lived peacefully and lent a helping hand regardless of race.
"Such a spirit must be instilled in the younger generation," he said in his speech before launching the Merdeka Roadshow here recently. Md Jais added that youths should take cherish the country's independence during the Merdeka month, which would be celebrated between August 17 and September 17 statewide.
On the roadshow, he said that Johor was the first stop, to be followed with Malacca, Perak and Kuala Lumpur. The roadshow has an exhibition of pictures and articles on the country's heroes in the fight for independence.
Source: Star, 15 August 2008
Buku : Malaysia At 50 istimewa
Sime Darby abadi rasa cinta kepada negara dengan menerbitkan buku rakam sejarah
MALAYSIA At 50 The Country That Could, tampil sebagai buku rujukan wajib untuk mereka yang ingin mencari maklumat secara pantas berhubung sejarah menyeluruh negara ini, tanpa menghilangkan ketepatan fakta.
Merdeka Eve fest to promote Tamil performing arts
Among the participants are representatives of the Arts, Culture and National Heritage Department (Kekwa), National Film Development Corporation (Finas), Information Department, Artistes Association of Malaysia (Seniman) and the Malaysian Artistes Association (Karyawan).
There will also be talent scouting contests, song and dance performances. The event will be launched by MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu. According to Malaysia Tamil Artiste Association secretary Vengadasalam Ponnambalam, the event was being organised to foster harmonious friendship and understanding among the association members and Malaysian performers of all races.
He said the event would also serve as a platform for local artistes to show off their talents in theatre and film while further promoting Indian arts and culture. "We expect good response from the public and hope to make it an annual event," he said.
Source: Star, 14 August 2008
Kemerdekaan ke-50 negara turut disambut
SENJA di Avenue Louise, iaitu pusat beli-belah yang paling mewah di sini begitu berbeza pada 31 Ogos lalu apabila ia seolah-olah turut bersama meraikan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.
Sports focus for Merdeka
"We want urbanites to live a healthy lifestyle through their involvement in the sports programmes we have arranged for them," said mayor Datuk Ab Hakim Borhan. Hakim also said that the activities involved citizens from different races and ages and that would help instill the need to work together and create a lasting bond between the races. According to Hakim, feedback from the organisers showed that public participation has been encouraging, especially for the cultural and sporting events.
Some of the events taking place are the City Hunt Merdeka 2008, the Street Soccer Challenge, a basketball competition and the Parliamentary constituency level sports carnival. This year, the Ambang Merdeka celebrations will take place at Dataran Merdeka on Aug 30 while the the National Day procession will be held on Aug 31 at Putrajaya.
Source: Star, 14 August 2008
Sabah Leaders : Celebrate Malaysia Day
KOTA KINABALU: Sabah Barisan Nasional leaders have repeated their call for more prominence to be accorded to Malaysia Day. Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Upko both said that Sept 16 should be given greater emphasis to promote national integration and patriotism.
PM lepas 7,000 peserta Larian Perpaduan Merdeka
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi ini melepaskan kira-kira 7,000 peserta yang menyertai Larian Perpaduan Merdeka 2008 di Dataran Merdeka di sini. Majlis yang bertujuan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat bermula kira-kira pukul 7.30 pagi dengan 14 kategori penyertaan.Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Sumber: Utusan Malaysia, 17 Ogos 2008
Bekas askar British sukar lupa kenangan khidmat di Malaysia
SEKUMPULAN bekas askar British yang pernah menyabung nyawa mempertahankan negara daripada ancaman musuh, kembali ke negara ini selepas 40 tahun meninggalkan Malaysia, sempena sambutan kemerdekaan, Ogos lalu.
Kejohanan Futsal Merdeka 30 Ogos
Pengerusinya, Jezlee Pit berkata, hanya 64 pasukan yang mendaftar awal sahaja layak menyertai pertandingan tersebut. Menurutnya, ia bakal berlangsung di Arena Futsal, Kawasan Industri Merlimau, Jasin di sini pada 30 Ogos ini.
"Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM60 untuk setiap pasukan dan mereka akan bermain secara liga dalam pusingan pertama dan secara kalah mati apabila memasuki pusingan kedua hingga ke peringkat akhir," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pertandingan hanya dibuka kepada penduduk di negeri ini sahaja dan peserta diwajibkan mengemuka bukti tersebut sewaktu menghantar borang penyertaan masing-masing kelak. Jezlee berkata, tarikh tutup penyertaan dan taklimat pertandingan akan diadakan pada 28 Ogos di tempat pertandingan tersebut berlangsung iaitu pada pukul 9 malam.
Mereka yang berminat menyertai kejohanan itu diminta menghubungi talian 012-905 9431, Bob 012-6299937 atau Hafis 012-3266847 untuk keterangan lanjut.
Sumber: Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008
Celebrities join night of culture and arts
KUALA LUMPUR: Hundreds of performers will be taking part in the 50th Merdeka Anniversary Cultural and Arts Performance to depict the contributions of the Chinese community in the run-up to Independence. The event's producer Datin Paduka Chew Mei Fun said the performance would tell the story of the lives of the Chinese then and how they struggled along with their Malay and Indian counterparts to achieve Merdeka for the nation.
Cukup patriotikkah kita?
Itulah kelangsungan yang ditinggalkan oleh para pejuang kemerdekaan negara sejak lebih separuh abad lalu, yang kini dipertahankan oleh para perajurit kita. Dan, kini masuk tahun ke-51 rakyat pelbagai keturunan dan anutan agama menikmati erti kemerdekaan negara.
Pengorbanan para pejuang kita menentang penjajah demi mempertahankan tanah air, agama dan bangsa telah memberi peluang kepada kita semua dan generasi akan datang untuk hidup dalam erti kata sebenar-benarnya. Kita hidup selesa, aman dan bebas. Tiada rasa takut dan bimbang. Maka, sebahagian daripada kita sekarang dibesarkan dalam suasana aman, mewah, tiada konflik. Kita bebas dan mudah mengumpul harta.
Generasi baru mungkin menganggap zaman menentang penjajahan, menentang komunis, konfrantasi dan beberapa peristiwa besar pasca merdeka yang mengancam kestabilan negara dan perpaduan kaum, sekadar peristiwa bersejarah dan tidak lebih daripada itu. Perubahan masa dan keselesaan mungkin menjadikan sebahagian daripada kita gagal untuk menghayati pengorbanan di sebalik semua itu.
Memang benar, hidup pada zaman penjajah banyak mengajar erti kebebasan, erti kedaulatan. Semasa itu juga semangat patriotisme begitu menonjol. Namun, apakah generasi hari ini tiada lagi tanggungjawab dalam konteks kemerdekaan negara kerana semuanya telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu?
Menjelang 31 Ogos ini, eloklah kita warga Malaysia terutama generasi muda, menghayati semula nilai kemerdekaan yang kita kecapi. Sudah tentu, kita semua memikul tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan negara kita. Malah, generasi sekarang perlu memperluaskan erti pembebasan daripada belenggu penjajah sehingga meliputi sosiobudaya kita. Justeru, apakah pemikiran kita sudah merdeka sepenuhnya?
Sebenarnya, dari segi fizikal, sudah terserlah kekuatan dan kesungguhan kita. Komitmen pasukan keselamatan kita mempertahankan ruang udara, perairan dan daratan wilayah-wilayah Malaysia tiada siapa boleh mempersoalkannya. Komitmen mereka nyata kekal sehingga sekarang.
Namun, semuanya itu tidak memadai jika kita semua lupa untuk memerdekakan pemikiran kita sehingga pengaruh orang asing dibiarkan merasapi pemikiran dan kehidupan seharian kita. Penjajahan bentuk baru, secara sedar atau separuh sedar, perlu dielak.
Meminta bantuan asing dalam keadaan yang tidak bertempat adalah seperti membuka ruang kepada penjajahan asing dalam bentuk baru. Oleh itu apa juga bentuk yang boleh dilihat sebagai campur tangan asing dalam hal ehwal negara perlu dibanteras tanpa tolak ansur. Pihak berkuasa amat sedar hal itu tetapi apakah semua rakyat Malaysia menyedari hakikat itu?
Selepas merdeka, dari semasa ke semasa, kita boleh melihat percubaan kuasa-kuasa asing untuk menjajah semula kita dalam bentuk baru. Bagi kes yang mungkin semua masih mengingatinya sebagai contoh, suara Amerika Syarikat pada lewat 90-an yang secara terang-terangan mahu mencampuri urusan dalaman Malaysia sehingga cuba menghasut rakyat supaya berdemonstrasi bagi menggugat demokrasi yang kita amalkan.
Juga sebagai contoh, negara polis dunia itu baru-baru ini amat berminat dengan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan lantang mahu kes itu diadili dengan sebaik mungkin. Apakah erti semua itu? Ketika ia bergelumang dengan dosa-dosa hak asasi manusia seperti menyerang Iraq, Afghanistan dan penjara tanpa bicara rakyat asing di Guantanamo, apakah kita masih bersedia menerima kehadiran AS bagi merencana kehidupan merdeka kita?
Rakyat Malaysia, tanpa mengira usia, perlu meneruskan perjuangan para pejuang kita yang terdahulu. Kita perlu menjadi patriot, yang terus mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan cinta terhadap tanah air kita perlu terus utuh.
Sumber: Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008
1957 - Hati Malaya ditayang 25 Oktober
UNTUK pertama kalinya filem 1957 - Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba ditayangkan secara eksklusif di Cathay Cineplex, Damansara, 4 September lalu. Filem yang berkisar tentang perjuangan para nasionalis menuntut kemerdekaan negara itu ditonton oleh 1,500 pengguna telekomunikasi Digi di enam pawagam, sebagai hadiah daripada DiGi Telecommunications Sdn. Bhd., sempena sambutan merdeka.
Bumbung Jalur Gemilang
MELAKA 19 Ogos - Pelbagai cara ditunjukkan oleh rakyat negara ini bagi menyemarakkan kemeriahan sambutan kemerdekaan negara ke-51 yang bakal disambut di seluruh negara pada 31 Ogos ini. Bagi sebuah keluarga di kampung warisan tradisional Melayu, Kampung Morten di sini, acara mengecat bumbung rumah dengan bendera Jalur Gemilang merupakan usaha tradisi yang wajib dijalankan pada setiap tahun sempena menyambut kemerdekaan negara.Tinjauan Utusan Malaysia ke rumah istimewa itu mendapati bumbung bahagian depannya dicat dengan Jalur Gemilang berserta dengan perkataan '51 Tahun Merdeka', manakala pada bumbung bahagian belakang pula dicat dengan bendera negeri Melaka. Menurut pemilik rumah berkenaan, Mohd. Saiful Mustafa, 23, mereka sekeluarga mula mengecat bumbung rumah dengan bendera Jalur Gemilang sepanjang 10 meter panjang dan empat meter lebar pada tahun lalu dan diteruskan pada tahun ini sebagai acara tradisi keluarga setiap tahun.
"Kami amat bangga kerana sejak mengecat bumbung rumah dengan Jalur Gemilang, rumah menjadi perhatian pengunjung terutama pelancong asing kerana keadaannya agak terserlah sebaik sahaja mereka memasuki kawasan Kampung Morten.
"Ada di antara mereka menyatakan kagum dengan usaha ini, sekurang-kurangnya dapat juga kami menyumbang meningkatkan populariti kampung tradisi Kampung Morten," katanya. Menurut Mohd. Saiful, kerja-kerja mengecat Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan tahun ini mula digerakkan secara beramai-ramai bersama anggota keluarga yang lain sejak awal Ogos lalu.
"Saya pada mulanya langsung tidak pernah terfikir mengenai cara ini, ia semua hasil cetusan idea bapa saudara, Mohd. Aboobaker Yaakob, 49, yang bersungguh-sungguh mengerakkan kami sekeluarga mengecat bumbung Jalur Gemilang. "Ia bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun, selain menjadi bukti kebanggaan kami sekeluarga menjadi rakyat Malaysia yang bebas merdeka," katanya. Sementara itu Mohd. Aboobaker, berkata, dia memperoleh idea untuk mengecat bumbung rumah dengan Jalur Gemilang selepas melihat warga Jerman mengecat bendera negaranya pada siaran bola sepak Piala Dunia beberapa tahun lalu.
"Saya terfikir kenapa tidak saya sebagai rakyat Malaysia mengunakan idea yang sama dengan mengecat Jalur Gemilang pada bumbung rumah bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. "Selepas itu, kami sekeluarga, mengeluarkan belanja sendiri dan bekerja secara bergotong-royong untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat ini yang kira-kira mengambil masa sebulan," katanya.
Menurut Mohd. Aboobaker, dia mengeluarkan belanja sebanyak RM1,200 terutama untuk membeli cat yang berwarna-warni seperti yang terdapat pada bendera Jalur Gemilang. "Kami juga memasang langsir Jalur Gemilang pada semua tingkap rumah dan kos untuk menghasilkan langsir tersebut sekitar RM300," katanya. Usaha itu, katanya, bersesuaian dengan status rumah tersebut yang berusia 100 tahun malah merupakan rumah tradisional Melayu Melaka dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Sumber: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2008
Pertandingan menulis esei erti kemerdekaan
PENGARANG kreatif negara ini dipelawa menyertai Pertandingan Menulis Esei Erti Kemerdekaan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 dan penyertaan dibuka sehingga 30 Oktober ini.
Jadikan kibar Jalur Gemilang budaya setiap Ogos
MELAKA 19 Ogos - Rakyat negeri ini digesa menjadikan acara mengibarkan Jalur Gemilang sebagai satu budaya setiap kali menjelangnya bulan Ogos setiap tahun tanpa perlu menunggu kempen-kempen berkenaan dianjurkan kerajaan.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, berkata, masyarakat seharusnya menjalankan kewajipan sebagai rakyat sebuah negara berdaulat dan merdeka untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran tinggal dalam sebuah negara yang aman damai.
"Kita tidak seharusnya segan- silu untuk mengibarkan bendera Malaysia di mana sahaja, sama ada di rumah, kedai, pejabat, sekolah malah pada kenderaan yang kita gunakan. "Kita sepatutnya berbangga berbuat demikian tanpa menunggu arahan sesiapa kerana ia melambangkan keagungan dan kedaulatan negara kita di pentas dunia," katanya dalam ucapan pada majlis Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di hadapan Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir di sini kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Othman Muhamad. Turut diadakan pada kempen tersebut ialah Larian Kempen Kibar Jalur Gemilang yang disertai kira-kira 500 ahli Kelab Setia Bestari, Jabatan Penerangan negeri dan pelancaran kempen menaikkan Jalur Gemilang di hadapan Memorial Kemerdekaan yang disempurnakan Omar Kaseh. Mohd. Ali berkata, Perpaduan Teras Kejayaan yang menjadi tema Bulan Kemerdekaan benar-benar membawa makna yang besar yang menguji pucuk pimpinan kerajaan dalam pergolakan politik masa kini.
"Keadaan ekonomi dunia yang mengakibatkan kenaikan harga petrol dan diesel diakui amat membebankan rakyat, tetapi dapat diubah dengan penyesuaian gaya hidup dengan mengamalkan budaya berjimat cermat. "Asas kepada kejayaan kita mengharungi segala cabaran di dalam negara adalah kerana wujudnya perpaduan yang erat di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama," katanya.
Menurutnya, sambutan kemerdekaan tahun ini amat bermakna bagi negeri Melaka setelah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai lalu.
Sumber: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2008
MCA to put up cultural event for Merdeka
KUALA LUMPUR: The 50th Merdeka Anniversary Cultural and Arts Performance will be held at the National Stadium in Bukit Jalil here on Oct 27 and 28. The event, organised by the MCA and several Chinese organisations, is aimed at celebrating the nation's 50th anniversary of independence as well as to promote the arts and culture of Malaysian Chinese.
Kelab Lions sambut merdeka
Jelas beliau, objektif utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang erti kemerdekaan kepada murid, guru serta ibu bapa di sekolah berkenaan. "Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuk kelas bahasa isyarat, permainan dan pemberian bendera kebangsaan kepada murid-murid," ujarnya dalam kenyataan di sini semalam. Kata Chee Tin, pihaknya menjangkakan seramai 60 murid-murid sekolah tersebut akan menyertai program itu.
Sumber: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2008
Mengimbau sejarah, tuju masa depan
PADA 31 Ogos lalu, Malaysia menyambut setengah abad kemerdekaan. Sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan, rakyat didedahkan usaha-usaha para pemimpin Malaya (kemudiannya Malaysia) yang mewarisi masyarakat berbilang kaum, dengan agresif menjalani pelbagai program sosial, kebudayaan, ekonomi dan modenisasi dan kestabilan politik.
Semarakkan lagu patriotik
Berbicara tentang patriotik dan kemerdekaan, saya ingin menyentuh tentang lagu-lagu patriotik. Seingat saya, pada masa pertengahan tahun 70-an sehingga pertengahan 80-an iaitu di zaman persekolahan saya, pada hari terakhir persekolahan sebelum tarikh ulang tahun kemerdekaan, satu perhimpunan pelajar diadakan di sekolah.
Guru-guru yang berucap pada perhimpunan itu semuanya berkisar tentang kemerdekaan. Bercerita tentang kezaliman penjajah, tentang keberanian nenek moyang melawan penjajah. Mereka juga bercerita tentang keberanian dan pengorbanan para perajurit kita menentang komunis dalam usaha mempertahankan kemerdekaan.
Kata mereka, kami sebagai generasi penerus bangsa harus mencontohi perjuangan mereka dan sanggup berkorban demi tanah air. Kami mendengarnya dengan penuh minat. Perhimpunan itu berakhir dengan beberapa nyanyian lagu-lagu patriotik daripada kami dengan penuh bersemangat. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Barisan Kita Malaysia Berjaya, Selamatlah Malaysia Jaya dan Menentang Menempuh.
Pada masa itu juga pada hari ulang tahun kemerdekaan, banyak lagu patriotik menghiasi siaran-siaran radio sebagaimana lagu-lagu raya menghiasi siaran-siaran radio pada musim Hari Raya. Lagu-lagu itu termasuklah lagu Allahuakhbar, Tanah Pusaka, Hormatilah Bendera Kita, Bahtera Merdeka, Putra Putri dan banyak lagi. Di akhir tahun 80-an lagu-lagu nyanyian Francisca Peter seperti Sejahtera Malaysia dan Demi Negara juga sering kedengaran.
Pada zaman sekarang saya tak pasti adakah di sekolah-sekolah masih mengekalkan tradisi tersebut semasa menjelangnya sambutan ulang tahun kemerdekaan, tetapi yang pasti lagu-lagu patriotik sudah semakin berkurangan di stesen-stesen radio. Hanya F.M. Klasik yang masih menyiarkan lagu Malaysia Berjaya selepas siaran berita sekali sekala.
Stesen radio negeri-negeri amat kurang. Stesen-stesen radio swasta pula langsung tidak menyiarkan lagu-lagu patriotik pada hari yang dianggap penting ini. Kebanyakan stesen-stesen radio hanya menyiarkan lagu Merdeka nyanyian Sudirman atau R. Azmi. Bagi saya lagu Merdeka tidak memenuhi standard sebagai lagu patriotik. Ini kerana seni kata lagu tersebut tidak membangkitkan semangat untuk berjuang. Seni kata lagu tersebut hanya berkisar tentang tarikh kemerdekaan dan mengajak kita untuk memeriahkannya. Ketiadaan lagu-lagu patriotik di stesen-stesen radio pada Bulan Kemerdekaan perlu dipandang serius. Ahli-ahli Parlimen perlu membangkitkannya di Parlimen.
Kebanyakan daripada kita tahu bahawa lagu-lagu patriotik boleh memainkan peranan dalam membangkitkan semangat cintakan negara tetapi kita mengabaikannya. Kita menggunakan cara-cara yang mahal untuk membangkitkan semangat cintakan negara. Kita membuat bendera gergasi, menganjurkan Larian Merdeka, Konvoi Merdeka, pertunjukan bunga api, perarakan kereta berhias dan sebagainya tetapi kita lupa tentang lagu-lagu patriotik di mana kosnya agak murah. Pada saya acara-acara yang mahal ini kurang membangkitkan semangat kerana ia ibarat pesta dan hanya segelintir yang terlibat.
Untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat, saya mencadangkan lagu-lagu patriotik diperdengarkan semula melalui siaran-siaran radio. Kementerian Penerangan perlu menetapkan kuota untuk lagu-lagu patriotik di stesen-stesen radio pada setiap tahun pada Bulan Kemerdekaan.
Pasar raya-pasar raya perlu diberi galakan supaya menyiarkan lagu-lagu patriotik di premis masing-masing sempena Bulan Kemerdekaan. Lagu-lagu seperti Barisan Kita, Malaysia Berjaya dan Selamatlah Malaysia Jaya perlu dijadikan lagu wajib pada perhimpunan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.
Biarlah dari tadika hingga keluar sekolah, lagu itulah yang dinyanyikan pada hari perhimpunan tersebut. Lagu-lagu baru boleh juga diselitkan tetapi tidak perlu dijadikan lagu wajib.
Sumber: Utusan Malaysia, 19 Ogos 2008
Patriotic song to get public airing
KUALA LUMPUR: Malaysian singer-composer Michael Wong will sing the patriotic song Feng Yu Tong Lu (Standing Together Through Thick And Thin) for the first time in public at the 50th Merdeka Anniversary Cultural and Arts Performance.
Teguhkan nasionalisme
Daripada konsep Semenanjung Tanah Melayu kemudiannya dilebarkan melalui gagasan Malaysia pada 16 September 1963 merangkumi Sabah dan Sarawak. Konsep negara Persekutuan yang lahir kemudian memperlihatkan era pembangunan, kemajuan ekonomi dan integrasi antara rakyat berbilang kaum menjadi makin rencam.
Siapa pun tidak boleh menafikan hakikat bahawa idealisme kepimpinan yang dimulai Almarhum Tunku Abdul Rahman telah membolehkan negara menikmati kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Labelkanlah apa sahaja sama ada kemerdekaan diperolehi dalam dulang emas atau perak, realitinya, jutaan nyawa dapat diselamatkan hasil muafakat dengan penjajah British.
Dalam masa yang sama juga lebih dua juta imigran beroleh hak kewarganegaraan sebaik sahaja negara merdeka berkat konsensus kontrak sosial antara Almarhum Tunku, Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin.
Dengan pampasan jaminan hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja Melayu, serta Islam sebagai agama Persekutuan sebagai tukaran. Inilah semangat dan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang menjadi nadi kepada pengekalan keamanan dan kelangsungan selain mencorakkan sejarah negara ini.
Hanya mereka yang buta sejarah, ego dengan tafsiran perundangan yang sempit dan lupa asal-usul sahaja masih cuba berkonfrantasi dengan apa yang telah tersurat dan tersirat. Satu tindakan yang jelas mengkhianati sejarah dan menafikan muafakat pimpinan berbilang kaum terdahulu.
Sebab itu bukalah, telitilah mana-mana catatan buku sejarah atau kajian ilmiah, tidak dapat dinafikan bahawa asas nasionalisme negara dibangunkan atas puin-puin nasionalisme Melayu (mengambil kata-kata Allahyarham Rustam A. Sani).
Sistem politik dan pemerintahan terawal di Tanah Melayu jika mahu diambil Empayar Melaka sebagai asasnya (1403-1511) adalah sistem beraja mutlak (absolute monarchy). Sebab itu pengertian kerajaan yang diguna pakai sehingga ke hari ini menunjukkan hakikat wujudnya keadaan beraja. Bezanya tindak-tanduk raja selepas merdeka diregulasikan oleh Perlembagaan, Raja sebagai simbol kedaulatan, perpaduan, selain menjalankan tugas-tugas asasi sebagai Ketua agama Islam dan pelindung adat-istiadat Melayu dan hak istimewa Melayu.
Timbulnya hak istimewa Melayu bukanlah satu tanda diskriminasi, atau bermatlamat mendiskriminasikan hak kaum lain. Akan tetapi berupa satu penegasan hak lantaran Melayu adalah pribumi, penduduk asal yang membangun, mendiami dan mencorakkan landskap sosiopolitik negara ini.
Kemudiannya dengan perkembangan peluasan tanah jajahan dan pengaruh ekonomi kapitalis, penjajah silih berganti. Bermula dari Portugis (1511-1641), Belanda (1641- 1824), British (1786-1957), Jepun (1942- 1945), Bintang Tiga (1945) selain kuasa Siam dan beberapa buah kuasa Eropah lain yang menduduki wilayah dalam Semenanjung Tanah Melayu secara yang terhad, misalnya Jerman di Langkawi.
Jika diamati dalam konteks penjajah British, yang paling lama menakluk negara, jaminan hak istimewa Melayu ini diakui sebagai misalan melalui pengenalan Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu yang berkuat kuasa di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mulai 25 November 1913.
Satu bukti bahawa penjajah sendiri mengakui pentingnya dilindungi hak dan kepentingan Melayu sebagai teras kestabilan politik yang makin diancam akibat perkembangan ekonomi dagang, sistem kapitalis dan himpitan daripada kaum imigran yang semakin ramai mencari rezeki di Tanah Melayu.
Kepercayaan
Justeru, apabila negara mencapai kemerdekaan, apa yang dilakukan oleh pimpinan ialah memulangkan semula jaminan hak yang selama ini dipunyai oleh kaum Melayu. Dalam masa yang sama sebagai menghargai sumbangan kaum pendatang dalam perkembangan sosioekonomi negara, maka hak-hak kaum lain dari sudut beragama, berbudaya, pendidikan, malah berpolitik dibiarkan terus dominan.
Lantaran itu, sebagai memahami realiti masyarakat majmuk yang ada, dan bagi memenuhi kehendak serta aspirasi pelbagai maka diwujudkan konsep perkongsian kuasa melalui perikatan badan siasah dan politik. Ia ditandai pada 1952, gabungan UMNO dan MCA dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.
Formula yang ternyata baik ini kemudian dilanjutkan pada Pilihan Raya Umum Majlis Perundangan Persekutuan 1955, yang menyaksikan barisan kabinet pertama Tanah Melayu telah dibentuk. Politik permuafakatan inilah menjadi landasan kepada gabungan parti politik secara besar-besaran menerusi Barisan Nasional pada tahun 1974, setelah terlampau banyak unsur politiking berlaku dalam kemelut kempen Pilihan Raya Umum 1969 sehingga menyebabkan timbulnya Tragedi 13 Mei.
Secara konsisten BN terus diberi mandat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac 2008 sungguhpun tewas di lima buah negeri. Akan tetapi pentadbiran Kerajaan Persekutuan masih diberikan kepercayaan kepada BN atas faktor pengalaman dan keupayaan mentadbir yang telah dibuktikan selama ini.
Rencah, suka duka, pengalaman pahit manis terbentuknya gagasan negara bangsa ini sewajarnya diinsafi. Dari sudut kepimpinan, kita punyai konsistensi dari sudut dasar, keterbukaan dan matlamat mengutamakan kepentingan nasional. Pimpinan negara semenjak dari zaman Almarhum Tunku melakukan sedaya mungkin usaha terbaik dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pimpinan kita bukan diktator. Tidak juga autoritarian yang menjadikan jawatan sebagai pewarisan.
Pimpinan kita juga bukannya gemar berkonflik ataupun berusaha meluaskan hegemoni wilayah seperti mana tangan- tangan berdarah yang dipusakai oleh keluarga Bush di Amerika Syarikat. Pemimpin kita adalah nasionalis sejati, yang meletakkan keutamaan nasional sebagai tanda aras utama untuk diperjuangkan.
Masyarakat negara ini amat cintakan keamanan. Penyumbang utama kestabilan negara, kemakmuran ekonomi sejati. Mudah mengikut arahan pimpinan, tidak banyak merungut, bekerja kuat, berdisiplin, mengatur hidup dalam suasana kemajmukan masyarakat mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan negara. Kuat amalan agamanya, toleran, menghormati antara satu sama lain.
Birokrat negara pula merupakan jentera pentadbiran yang cukup efisien, bersistematik dan menjadi antara nadi utama dalam proses pembangunan negara. Ekonomi negara ini pula yang dilimpahi dengan hasil dari hutan, laut, perut bumi, dan pelbagai pengayaan barangan lain hasil kreativiti dan kepakaran rakyat tempatan. Semua ini menjadikan Malaysia antara negara perdagangan yang paling kompetitif dan cergas di dunia.
Tarikan pelaburan dan perhatian pelbagai syarikat multinasional. Hak beragama dijamin, kebebasan bersuara makin meluas, apatah lagi melalui medium siber yang menjadi antara pentas terkini dalam dasar langit terbuka. Hak berpersatuan, mengeluarkan pendapat juga adalah yang terbaik meskipun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Kepelbagaian budaya, ragam, sehingga juadah makanan menjadikan negara ini unik, lalu terbentuklah gagasan 'kesatuan dalam kepelbagaian.'
Keamanan
Namun, era semasa menyaksikan, keharmonian dan kerukunan hidup dan usaha membina jati diri bangsa Malaysia makin terhakis. Suasana politik selepas PRU ke- 12, menularnya fahaman hak asasi manusia yang melampau, adanya cabaran dan agenda pihak tertentu yang terselindung atas nama hak dan perundangan makin menjerumuskan kekuatan bangsa ini ke lembah kacau-bilau.
Tuntutan yang dibuat mula melampaui semangat kontrak sosial yang telah terpatri kukuh sekian lama. Himpitan ekonomi menyebabkan masyarakat makin celaru. Persaingan merebut kuasa menyebabkan fitnah besar dan kecil bermaharajalela.
Lantas timbul tuduhan 'saya benar, anda salah.' Api perkauman, sentimen keagamaan ditiupkan, golongan subversif mula mengambil tempat. Atas nama perjuangan dan didokongi sentimen primordial, hak dan perasaan kaum majoriti mula diapi- apikan.
Ironinya bagi golongan ini, keadilan hanya wujud apabila semua hak yang telah pun dijamin untuk kelompok majoriti berjaya direbut dengan apa cara sekalipun. Menyedari hakikat itulah, sebelum bara dan api kekacauan mula merebak, sambutan Kemerdekaan kali ke-51 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini harus menjadi satu hari untuk seluruh rakyat bermuhasabah diri.
Mana yang lebih penting, keamanan berkekalan atau kacau-bilau buatan sendiri akibat sentimen perkauman? Mana lebih utama, keharmonian dan kerukunan hidup antara Ali, Muthu, Ah Kaw, Joseph, dan Awang dengan pergaduhan sesama bangsa akibat salah sangka dan prejudis yang menebal?
Mana lebih penting antara kebebasan beragama yang dinikmati sekarang dengan rumah ibadatnya, kelonggaran menjalankan ritual dan upacara budaya mengikut anutan agama masing-masing dengan krisis antara agama seperti mana di Ambon, Indonesia, Myanmar dan Ayodha di India sedikit masa dahulu?
Pilihan di tangan kita, umumnya majoriti rakyat Malaysia tidak sanggup mengulangi episod duka dan hitam yang telah merencatkan pembinaan tamadun negara bangsa suatu ketika dahulu. Umumnya rakyat Malaysia masa kini lebih matang, bijak, rasional dan menolak secara menyeluruh faham perkauman sempit, politik agama dan pergeseran kaum yang tidak menguntungkan.
Lantaran itu sambutan hari kemerdekaan kali ke-51 tahun ini harus dijadikan suatu gerak kerja untuk kembali memperkasa dan memperteguh nasionalisme bangsa. Dengan matlamatnya memastikan Malaysia sebuah negara berdaulat, terus aman, makmur, kekal harmoni untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Sumber: Utusan Malaysia, 19 Ogos 2008
Pertandingan esei selami semangat patriotisme
JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional (Pena) telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Erti Kemerdekaan.
Ia diadakan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 dan merupakan salah satu upacara sokongan sempena Bulan Kemerdekaan yang berakhir pada 16 September lalu. Di sebalik memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2007, ada objektif yang lebih penting iaitu memperkasakan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia melalui esei.
Selain itu, ia juga bertujuan menyemarakkan lagi semangat perpaduan pelbagai kaum melalui penulisan dan interaksi sosial tanpa mengetepikan usaha memartabatkan persuratan melayu. "Melalui luahan rasa dalam esei, masyarakat negara ini dapat menyelami semangat cintakan negara dan menghargai segala kejayaan yang dikecapi daripada hasil perjuang-pejuang kemerdekaan.
"Mereka juga dapat mempelajari dan mengambil pengajaran daripada strategi perjuangan para tokoh tersebut," kata Setiausaha Pena, Syed Mohd. Zakir Syed Othman (S.M Zakir). Sementara itu, penyertaan terbuka kepada kakitangan sektor swasta, badan berkanun dan badan bukan kerajaan yang berumur 18 hingga 56 tahun.
Tema pertandingan tersebut adalah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh Kekkwa dan Pena dengan panjang setiap esei antara 2,000 hingga 5,000 patah perkataan. Para peserta juga bebas untuk menggunakan kaedah rujukan sama nota kaki, nota hujungan atau sistem penulis tarikh. Pandangan juga mesti bernas tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti isu agama, budaya, kaum atau orang perseorangan.
Selain itu, peserta juga tidak dibenarkan melakukan palagiat (menciplak karya orang lain). Pengambilan pendapat atau data khusus perlu disertakan dengan sumber rujukan. Sementara itu, karya hendaklah tidak pernah diterbitkan, tersiar atau menyertai sebarang peraduan. Ia akan diadili oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara dan keputusan adalah muktamad. Karya-karya yang terpilih tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik jabatan, manakala tarikh tutup penyertaan ialah 30 Oktober ini.
"Apa yang diharap oleh Pena dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ialah pemahaman dan pengertian tentang erti kemerdekaan oleh para peserta. "Meskipun mereka hanya meluahkan melalui tulisan (esei), tetapi intipati, tanggapan dan jiwa yang diketengahkan dalam karya masing-masing sangat penting sebagai proses kesedaran tentang negara bangsa,"tambahnya. Maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut dapat diperoleh dengan menghubungi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian di talian 03-26127600/ 26127651 (Eezmadyna Azalin Nordin).
Sumber: Utusan Malaysia, 4 Oktober 2007
SEMANGAT MERDEKA...
Penjual tiket bas Soid Yahaya, 54, atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Syed menunjukkan keretanya yang dihiasi dengan kira-kira 100 bendera Malaysia di Terminal Shahab Perdana, Mergong, Alor Setar, semalam.Abang Syed yang dilahirkan pada 7 Ogos 1954 berkata, itulah cara beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah dilahirkan sebagai anak merdeka walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk merealisasikan hasratnya.
Abang Syed berkata, itu merupakan cara beliau menyambut kemerdekaan dan perkara tersebut akan dilakukannya pada setiap Ogos dan ini merupakan tahun kelima dia berbuat demikian. Kereta Abang Syed merupakan satu-satunya kereta yang berbuat demikian di bandaraya ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 19 Ogos 2008
Free ticket for cultural show
KUALA LUMPUR: The public can get the free tickets for the 50th Merdeka Anniversary Cultural and Arts Performance at 103 locations nationwide. The tickets were for the performance to be held at the National Stadium in Bukit Jalil at 6.30pm on Oct 28, said the event's producer, Datin Paduka Chew Mei Fun.
PM lepas peserta larian merdeka
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan kira-kira 7,000 peserta yang menyertai Larian Perpaduan Merdeka 2008 di Dataran Merdeka di sini. Acara yang bertujuan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat bermula kira-kira pukul 7.30 pagi membabitkan 14 kategori penyertaan termasuk wanita dan lelaki veteran serta orang kurang upaya.Turut dianjurkan ialah larian kategori perpaduan membabitkan tiga peserta setiap pasukan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pada program yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan, Abdullah turut melepaskan 51 ekor burung merpati sebagai simbolik negara bebas daripada cengkaman penjajah sejak 51 tahun lalu.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen. Bercakap kepada pemberita, Yen Yen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Bersepadu kementeriannya yang menganjurkan larian itu berharap program julung kali diadakan itu dapat dijadikan acara tahunan.
Sumber: Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008
ntv7 sajikan perjuangan personaliti terbilang
SAMBUTAN Hari Kebangsaan ke-50 barangkali sudah berakhir, namun obor perjuangan dan semangat yang dibawa pejuang terdahulu tidak pernah bernoktah.
Mungkin perjuangan anak Malaysia hari ini tidak lagi sama dengan kesungguhan pejuang terdahulu yang berusaha bermati-matian untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan, namun semangat sebagai warga merdeka tidak pernah luntur.
Didik generasi muda cintai Jalur Gemilang
Pada ketika negara merayakan 51 tahun kemerdekaan, sesuai pada masanya untuk seluruh rakyat memperkukuhkan semangat patriotik dan cinta kepada negara dengan perasaan penuh kebanggaan.
Menyemai kebanggaan pada bendera merupakan salah satu ciri penting dalam pembinaan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bendera kebangsaan mereka kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara yang baru dapat membantu usaha-usaha ke arah mempromosikan dan mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dalam negara kita yang berbilang bangsa, agama dan budaya ini.
Bendera kebangsaan melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme dan adalah penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme ini di kalangan generasi muda.
Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah dengan mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera.
Menganjurkan kempen Cintakan Bendera Kita di sekolah, di kalangan anak muda mustahak bagi memberikan mereka kefahaman tentang kepentingan bendera kebangsaan dan maskud di sebaliknya. Dan ini tidak seharusnya diadakan hanya bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan, malah sepanjang tahun. Bagi generasi lama, hari kebangsaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang zaman penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan. Bagi mereka, ia melambangkan pengorbanan serta kebanggaan dengan apa yang telah dicapai selama ini.
Bagaimanapun, bagi generasi muda, terutamanya mereka yang lahir selepas 1957, kajian yang dijalankan oleh akhbar tempatan tidak lama dahulu menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan anak-anak muda kita mempunyai semangat patriotik, mereka masih tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenarnya kemerdekaan.
Bagi mereka hari kebangsaan hanya merupakan satu lagi cuti am - hari di mana mereka berpeluang berehat dan beriadah. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami maksud hari kebangsaan ini.
Oleh yang demikian, lebih banyak usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar hari kemerdekaan.
Setelah memperkatakan mengenai bendera kebangsaan dan pentingnya sebagai simbol negara, mengibar Jalur Gemilang bukanlah satu-satunya cara menunjukkan semangat patriotik kepada negara.
Rakyat Malaysia boleh menonjolkan semangat patriotik mereka dalam kehidupan seharian seumpamanya, dalam pemikiran, percakapan dan tindakan mereka dalam membela dan mempertahankan kepentingan negara serta memajukan negara.
Menyatakan perasaan melalui saluran yang betul merupakan satu hak asasi yang seharusnya diamalkan oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik, yang cintakan negara dan inginkan yang terbaik untuk negara. Dalam hal ini, menyatakan pendapat yang bertentangan demi kepentingan negara tidaklah menjadikan seseorang itu kurang patriotik. Dan kesetiaannya kepada negara tidak seharusnya dipersoalkan.
Rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang bangsa dan agama yang berlainan seharusnya memperbaharui azam mereka untuk membina sebuah Negara yang harmoni, bersatu padu dan progresif yang boleh menjadi kebanggaan kita bersama.
Malaysia hari ini tampak nyata sebagai contoh bagaimana pelbagai kumpulan etnik yang berbeza dapat hidup dan maju dalam suasana harmoni melalui kerjasama erat demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Malaysia membuktikan bagaimana kepelbagaian ini dapat disatukan dan dimanfaatkan demi pembinaan Negara. Setelah mencapai kenegaraan selama 51 tahun, kita hendaklah meneruskan usaha dengan penuh semangat dan tekad untuk menjadikan negara kita yang berbilang bangsa sebuah negara Malaysia bersatu yang berkongsi matlamat dan cita-cita.
Sumber: Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008
A mythical touch to culture show
KUALA LUMPUR: The dragon will give a mythical touch to the 50th Merdeka Anniversary Cultural and Arts Performance on Oct 27 and 28. Dragon dance troupes from Choy Lee Fatt Nan Sheng Association and Meng Kok Lion and Dragon Dances Association will join other performers at the National Stadium in Bukit Jalil.
Pesta bunga api meriahkan sambutan bulan kemerdekaan
JIKA anda masih teringat keindahan percikan-percikan bunga api sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun lepas, maka kerinduan anda kini berbalas. Tahun ini, langit sekitar Putrajaya bercahaya semula disinari percikan bunga api apabila Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2008 (MIFC) kembali sempena bulan kemerdekaan tahun ini pula.Pada persembahan pertama, Selasa lalu, lebih 5,000 pengunjung yang menyaksikan persembahan oleh pasukan Malaysia terpukau dengan keindahan dan keunikan bunga-bunga api yang memercik dengan tema 'Malam Seribu Bintang.'
Diiringi alunan muzik daripada pelbagai genre, persembahan semakin mengasyikkan sehinggakan tempoh 25 minit yang diperuntukan kepada setiap kumpulan berlalu tanpa disedari. Ketua Pegawai Eksekutif/Penerbit Global2000 Sdn. Bhd., Joe Ghazzal berkata, selepas persembahan pembukaan oleh pasukan Malaysia, MIFC akan diteruskan dengan persembahan daripada peserta China, Kanada dan Australia.
Menurutnya, bagi memastikan keaslian persembahan, setiap pasukan dari luar negara hanya akan tiba sehari sebelum persembahan dan akan pulang sehari sebelum pasukan seterusnya beraksi. "Ini kerana persiapan untuk memasang tabung bunga api oleh sesebuah pasukan mengambil masa tiga hari justeru penganjur perlu menjarakkan persembahan negara peserta empat hari antara satu sama lain," katanya.
Pasukan China mengadakan persembahan kedua Sabtu lepas, diikuti pasukan dari Kanada pada 20 Ogos, Sepanyol (24 Ogos) dan pasukan dari Australia yang menjadi peserta jemputan mengadakan persembahan mereka pada hari penutup iaitu 29 Ogos ini.
Pasukan China yang lebih berpengalaman dalam pertandingan peringkat antarabangsa pernah muncul juara dalam pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2006 Barcelona dan Persembahan Terbaik Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Rusia pada tahun lalu. Tema 'Keindahan Mitos' menjadi taruhan buat pasukan China dengan memperkenalkan karektor masyarakat Cina dalam rekaan menakjubkan serta penceritaan mengagumkan yang pastinya memberi cabaran kepada pasukan tempatan.
Pasukan Kanada diketuai ahli perniagaan yang sudah berkecimpung selama 40 tahun dalam bidang itu, David Whysall yang mahu menjadikan langit malam sebagai kanvas untuk melakarkan kesenian percikan bunga api mereka.
Menurutnya, kegelapan malam pastinya diterangi dengan simbahan cahaya bunga api diiringi muzik bertenaga bersulamkan rentak rock yang mampu membuatkan penonton berdansa di jalanan. Tema Music from the Stage and the Silver Screen menjadi taruhan kepada pasukan Kanada yang baru muncul juara dalam Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Da Nang, Vietnam 2008 selepas menduduki tempat kedua pada Pertandingan Bunga Api Sedunia di Blackpool United Kingdom tahun lalu.
Manakala, Sepanyol pula akan diwakili syarikat Zamorano Caballer yang sudah terlibat selama 130 tahun dalam perkhidmatan persembahan bunga api. Negara ini akan menggunakan pelbagai kesan bunyi dengan kombinasi ajaib yang menjanjikan kelainan dalam persembahannya di samping iringan muzik medley secara harmoni. Miguel Zamorano Caballer yang menerajui syarikat tersebut selama 53 tahun telah menyertai pelbagai pertandingan dan festival di seluruh dunia selain turut menjadi pakar dalam penghasilan kesan bunyi khas iklan televisyen dan panggung wayang.
Joe berkata, apa yang pasti, persembahan yang bakal disaksikan bukanlah pertunjukan bunga api yang biasa disaksikan pada majlis atau sambutan hari kebesaran di negara ini. MIFC yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan sudah memasuki tahun kedua penganjurannya. Pasukan yang menang akan membawa pulang Piala Emas Merdeka.
Sumber: Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008
Page 11 of 15











