m-logo
  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Bahasa MalaysiaEnglish
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
You are here: Activities & Programmes > In the News

Keratan Akhbar

TPM: Jangan rombak asas pembinaan negara

E-mail Print PDF
KANGAR 1 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat jangan cuba merombak asas-asas pembinaan negara dengan mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum.

Tegas beliau, setiap rakyat harus belajar daripada pengalaman bahawa perbuatan melampau yang mengguris perasaan mana-mana kaum boleh menjejaskan keharmonian, keamanan dan kestabilan politik negara.

"Jangan hanya kerana kepentingan politik yang sempit, atau kecenderungan untuk mencari populariti, ada di kalangan kita sanggup memperjudikan keharmonian kaum dan masa depan negara," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Utama di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan menteri-menteri Kabinet.

Kira-kira 20,000 warga Perlis memenuhi stadium tersebut bagi meraikan pelancaran kempen berkenaan.

Muhyiddin menambah, rakyat perlu memperkukuhkan asas-asas pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dengan menyemarakkan perasaan saling hormat menghormati sesama kaum.

"Saya percaya, dengan pengalaman hidup dalam sebuah negara berbilang kaum yang aman dan harmoni sejak sekian lama, rakyat di negara kita dapat menghargai nilai-nilai perpaduan dan keharmonian," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, melalui sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, lebih banyak usaha dilakukan oleh agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta untuk memperkukuhkan nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat.

"Saya amat mengalu-alukan peranan pelbagai pihak membantu kerajaan memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang bermanfaat," jelasnya.

Muhyiddin percaya dengan adanya usaha berterusan oleh pelbagai pihak dapat mempertahankan asas-asas negara yang dibina di atas prinsip persefahaman, toleransi dan hormat menghormati antara kaum di negara ini.

Utusan Malaysia
, 1 Ogos 2010

Sambutan merdeka ke-53 catat sejarah

E-mail Print PDF

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya ia diadakan di ruang tertutup Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan Ramadan. Meskipun tanpa perarakan, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini tetap menampilkan satu persembahan yang begitu unik dan kreatif dalam menyampaikan mesej 1Malaysia sebagai penjana transformasi negara.

Tampil dengan kepelbagaian persembahan yang menakjubkan sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan kali ini, 1Malaysia Menjana Transformasi, kehadiran kira-kira 15,000 orang bersama Jalur Gemilang dikibarkan pada acara kemuncak sambutan turut memeriahkan lagi acara sambutan.

Acara bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke stadium tersebut. Mengiring keberangkatan baginda berdua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri masing-masing.

Menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta duta-duta asing adalah antara kenamaan lain yang turut hadir. Dalam pada itu, semangat patriotik mula bergema ke seluruh stadium apabila kata keramat Merdeka dilaungkan tujuh kali dan diikuti dengan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Keunikan amat terserlah dengan penggunaan imej, kad serta penataan cahaya yang boleh disifatkan sebagai amat mengagumkan terutama ketika memberi mesej mengenai dasar-dasar terbaru kerajaan seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan. Secara umumnya terdapat lapan segmen persembahan iaitu Gagasan 1Malaysia; Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10); NKRA; kreatif dan inovatif; Model Baru Ekonomi (MBE); kejayaan negara; kepantasan bertindak dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Pada setiap segmen ditonjolkan beberapa gerakan para peserta dengan digabungkan dengan koir, kumpulan bercerita berirama, imej, kad serta penataan cahaya. Meskipun pada sambutan kali ini tidak ditonjolkan perarakan kelengkapan ketenteraan dan anggota keselamatan lain, persembahan oleh lebih 2,000 anggota tentera, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak kurang hebatnya.

Ini termasuk tempur tanpa senjata (TTS), gerakan anti pengganas serta kawat senyap. Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak.

Rais ketika ditemui selepas sambutan itu berkata, pihak kementerian amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Sumber: Utusan Malaysia, 1 September 2010-09-01

Seluruh negara bergema laungan 'Merdeka'

E-mail Print PDF
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat nasional dan negeri lain tetap meriah walaupun diadakan pada bulan Ramadan.

Di ALOR SETAR, sambutan kemerdekaan peringkat negeri Kedah disambut secara sederhana dan ringkas namun tetap bersemangat apabila rakyat pelbagai kaum dan agama meraikannya di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman. Sambutan kemerdekaan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat yang dianggotai tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Keenam, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Tok Jalai oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu"dzam Shah.

Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Bertitah pada majlis itu, Sultan Kedah mengingatkan rakyat agar menghargai institusi raja berperlembagaan yang menjadi pegangan penyatuan bangsa Malaysia dalam menjamin kesejahteraan dan kemakmuran hidup.

Di KANGAR, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail membebaskan 53 ekor burung merpati sebagai simbolik kemerdekaan negara daripada penjajah di sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri yang berlangsung di Taman Merdeka.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang berucap di majlis itu menekankan peri pentingnya ikatan perpaduan rakyat yang berbilang kaum terus dimantapkan bagi memastikan nikmat kemerdekaan negara benar-benar dirasai.

Di KLUANG, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman turut bersama penduduk di negeri itu menyambut Hari Kemerdekaan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Acara kira-kira sejam itu disertai oleh 3,000 peserta daripada 81 kontinjen yang diisi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak dan penyampaian anugerah kepada kontinjen dan pakaian terbaik.

Di KUANTAN, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat ke majlis sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) yang dimeriahkan dengan perhimpunan seramai 3,060 peserta dari 51 kontinjen.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakub turut bersama rakyat negeri itu memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan di dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Di KOTA KINABALU, Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah menyertai perhimpunan dan perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat negeri yang membabitkan lebih 3,000 peserta di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.

Di SEREMBAN, sambutan kemerdekaan ke-53 peringkat Negeri Sembilan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini dengan penuh bersemangat apabila kira-kira 3,000 rakyat pelbagai kaum termasuk 182 kontinjen dari jabatan kerajaan, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO), meraikannya. Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan Hari Kemerdekaan diadakan malam tadi dengan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat di masjid-masjid di seluruh negeri itu dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menghadiri majlis di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam.

Di PULAU PINANG, lebih 4,500 orang mengambil bahagian dalam perbarisan sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri yang diadakan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri. Turut hadir pada acara itu ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sumber: Utusan Malaysia, 1 September 2010

Semangat 1Malaysia terserlah - Rais

E-mail Print PDF
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini walaupun diadakan secara sederhana di tempat tertutup, namun berjaya memaparkan semangat 1Malaysia dan agenda kerajaan dalam membangunkan bangsa Malaysia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, walaupun mencipta sejarah kerana buat pertama kali diadakan secara tertutup, ianya mampu menyampaikan mesej secara jelas melalui pengisian persembahan yang padat khususnya semangat 1Malaysia.

"Persembahan dalam stadium (Putra, Bukit Jalil) seperti ini lebih selesa dan lebih mencernakan kehendak ramai dalam suasana yang tidak terkocoh-kocoh dan geraknya dapat kita kawal," katanya selepas sambutan kemerdekaan ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Rais berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan reaksi positif dan menganggap persembahan tahun ini cukup selesa dan penuh pengertian.

Katanya, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini yang diadakan secara tertutup bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mewujudkan semangat kebersamaan. Bagi Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, walaupun diadakan secara sederhana ia menghidupkan semangat kemerdekaan dan patriotisme di kalangan semua yang hadir.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata, beliau berbangga dengan penyertaan anak muda dan golongan wanita. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sambutan kali ini membantu masyarakat untuk lebih memahami dasar-dasar kerajaan serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai pula berkata, beliau bangga melihat persembahan memberangsangkan terutamanya dengan penglibatan rakyat berbilang kaum. "Komitmen kerajaan dalam NKRA, Model Baru Ekonomi dan semangat 1Malaysia telah dapat ditonjolkan melalui perpaduan dalam kepelbagaian latar belakang peserta," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 1 September 2010

149 bayi merdeka dilahir

E-mail Print PDF
KUALA LUMPUR: Seramai 149 bayi merdeka dilahirkan di beberapa negeri pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 bermula jam 12 tengah malam kelmarin sehingga petang semalam.

Di KOTA BHARU, seramai 27 bayi dilahirkan termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan di hospital utama di negeri itu.

Jurucakap Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) berkata, 16 kelahiran bayi merdeka direkodkan di hospital berkenaan membabitkan 11 perempuan dan lima lelaki termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan.
Di KUALA TERENGGANU, 26 bayi termasuk 17 lelaki dan sembilan perempuan dilahirkan di enam hospital di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, 11 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah; Hospital Kemaman (3); Hospital Dungun (3); Hospital Besut (3); Hospital Hulu Terengganu (2) dan empat di Hospital Setiu.

Di SEREMBAN, seramai 29 bayi dilahirkan di beberapa hospital kerajaan dan swasta di negeri itu dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) mencatatkan kelahiran paling ramai iaitu 12 kelahiran.

Di KLANG, Selangor mencatatkan kelahiran 27 bayi dengan kelahiran teramai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang mencatatkan 20 kelahiran.

Di KUANTAN seramai lapan bayi termasuk lima lelaki dan tiga perempuan dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sehingga jam 11 pagi.

Di IPOH, seramai 14 bayi dilahirkan membabitkan lapan bayi lelaki, enam perempuan termasuk sepasang kembar, dengan kelahiran pertama di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 12.44 pagi.

Di KUCHING, seramai 18 bayi termasuk 10 lelaki dan lapan perempuan dilahirkan di Hospital Umum Sarawak, (HUS) dengan bayi pertama dilahirkan pada jam 12.17 pagi iaitu bayi perempuan keturunan Bidayuh.

Sumber: Berita Harian, 1 September 2010

Diplomat asing kagum semangat cintakan negara

E-mail Print PDF
KUALA LUMPUR: Diplomat asing di Malaysia kagum dengan semangat ditunjukkan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-53 yang kali pertama diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini semalam.

Mereka menyifatkan semangat cintakan negara yang ditunjukkan rakyat Malaysia apabila hadir bersama keluarga dan rakan seawal jam 7 pagi bukan saja menyemarakkan lagi sambutan, malah perlu dicontohi rakyat negara lain.

Pemangku Ketua Misi Finland di Malaysia, Timo Karmakallio, berkata ini adalah kali pertama beliau berpeluang melihat sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ini. “Majlis ini sungguh menarik, amat berjaya dan rakyat Malaysia amat patriotik,” katanya.

Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie, berkata rakyat berbilang bangsa adalah kekuatan kepada pembangunan negara dan Malaysia juga adalah sebuah negara unik.

“Kepemimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa berusaha memajukan Malaysia dan hari ini (semalam) saya dapat melihat banyak rancangan yang dihasilkan di bawah pentadbiran beliau,” katanya.

Pemangku Duta Austria di Malaysia, Wolfgang M Gmasz, berkata semua yang hadir pada acara itu memberikan sambutan yang baik, selain persembahan yang cukup kemas. Timbalan Ketua Misi Kedutaan Morocco di Malaysia, Said Mimoun Amenzou menyifatkan sambutan kemerdekaan itu sangat patriotik.

Sumber: Berita Harian, 1 September 2010

Tiada artikel buat masa ini.

E-mail Print PDF
Harap maaf. Tiada artikel buat masa ini.

Genting Highlands come alive on Merdeka eve

E-mail Print PDF
MORE than 30,000 people gathered at Genting Highlands to celebrate the nation's 51st Merdeka. Present at the countdown session were Resorts World Bhd chief operating officer Thuy Tuong Trinh, Public Relations and Communications senior vice-president Datuk Anthony Yeo and Casino Marketing and Promotions and; Entertainment senior vice-president Jeffrey Teoh, just to name a few.

Various exciting programmes such as multi-cultural dances, street dances and brass band performances were held for the public since evening. At the stroke of night, the shouts of "Merdeka" was proclaimed by the emcee together with the crowd. The Jalur Gemilang was raised, followed by the national anthem Negaraku, patriotic songs Jalur Gemilang and Tanggal 31.

A 10-minute fireworks display added colour to the celebrations.On the other hand, the Ambang Merdeka concert was held at London Square located at Genting outdoor theme park since 9pm. Despite the light rain throughout the concert, it did not deter the people from joining in. The concert was hosted by TV personality Aznil Nawawi. Among the artistes who performed at the Ambang Merdeka concert were Henley, Dareyno, Ruffedge, Dafi, Bad Boys and Dia Fadila.

Source: The Star 1/9/2008

Semangat Merdeka

E-mail Print PDF

MENJELANG sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, pelbagai cara dilakukan bagi menghayati erti kemerdekaan. Bagi pesara tentera, Awang Manaf, 56, semangat itu ditunjukkan dengan menghias teksinya dengan 52 Jalur Gemilang sempena sambutan itu.

Beliau turut mengenakan baju dan topi bercorak Jalur Gemilang.

Utusan Malaysia, 24 Ogos 2009

PM ajak rakyat bersumpah setia tidak benar bumi Malaysia, minda rakyat dijajah semula

KUALA LUMPUR: Rakyat seluruh negara semalam dibawa mengimbau detik keramat kemerdekaan Malaysia lima dekad lalu, yang menandakan bermulanya hari pertama fasa kedua perjalanan negara untuk 50 tahun akan datang.

Read more...

Pameran merdeka tanam semangat cintakan negara

E-mail Print PDF
KUCHING 28 Ogos - Laungan merdeka 51 tahun lalu sudah pastinya tidak sama laungannya pada hari ini meskipun perkataan masih sama. Jika dahulu, perkataan 'merdeka' boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata, dan meresap semangatnya hingga ke hati, kerana merdeka ketika itu adalah kejayaan perjuangan memperoleh kebebasan daripada penjajahan.

Namun, laungan merdeka terutama oleh generasi yang lahir selepas merdeka menimbulkan pelbagai persoalan sama ada ia benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar atau semata-mata kerana sambutan perayaan Hari Kemerdekaan. Fauziah Mohamad, 26, yang lahir selepas merdeka berharap persepsi seumpama itu tidak dilabelkan kepada generasi muda sepertinya kerana pada hematnya tidak semua lupa tentang pengorbanan serta penat jerih nenek-moyang mempertahankan negara.

Malah, menurutnya, pendedahan demi pendedahan menerusi kempen serta pameran yang sentiasa dilaksanakan ketika menjelang hari kemerdekaan negara memberi ingatan dan semangat patriotik dalam diri untuk rasa sayang kepada negara. "Pendedahan menerusi pameran merdeka bukan sahaja memberi pengetahuan kepada generasi muda tentang apa yang berlaku atau sejarah pembentukan bangsa sebelum ini tetapi juga penting menanamkan semangat cintakan negara dalam diri masing-masing.

"Disebabkan itu, saya tidak melepaskan peluang untuk menjenguk pameran kemerdekaan agar mengetahui perjalanan sejarah negara, pembangunan serta masa depan negara," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak pameran 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di Stadium Perpaduan Negeri di sini hari ini.

Bagi seorang guru Tadika, Rabiah Saruji, 49, pentingnya pendedahan mengenai kemerdekaan kepada generasi muda pada peringkat awal adalah untuk membakar semangat mereka untuk terus cintakan negara. Katanya, pameran 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia memberi peluang kepada anak-anak muda melihat perubahan demi perubahan yang dinikmati negara sejak selepas merdeka.

Tambahnya, pendedahan menerusi pameran ini juga secara tidak langsung memberi pengertian dan penghargaan kepada generasi muda terhadap perjuangan serta kepimpinan tokoh terdahulu dalam usaha membangunkan negara memperoleh kemajuan.

"Anak muda perlu didedahkan dengan sejarah agar mereka sedar dan mengetahui betapa pentingnya mempertahankan keadaan sekarang berbanding nenek-moyang yang terpaksa berkorban membebaskan negara daripada penjajahan," katanya.

Alex Emus, 55, pula memberitahu, pembangunan dan kemajuan yang dikecapi pada masa ini adalah hasil pengorbanan orang terdahulu dan peristiwa mengenainya perlu didedahkan melalui pameran kepada generasi muda agar mereka sedar betapa susah serta menderitanya kehidupan sebelum merdeka.

Beliau yang juga seorang anggota polis marin menceritakan, mereka yang hidup pada zaman dahulu terpaksa tidur dalam keadaan memeluk senapang dan mata sentiasa liar memerhati sekeliling bagi memastikan tiada ancaman komunis yang datang.

"Tetapi sekarang, generasi baru bertuah kerana tidak mengalami kehidupan seumpama itu malah mereka bebas ke mana sahaja tanpa rasa takut. "Seharusnya, generasi muda hari ini perlu menghargai keamanan serta kebebasan negara dan perlu kumpulan itu didedahkan dengan sejarah negara menerusi pameran kemerdekaan agar sikap cintakan negara terus mekar dalam hati masing-masing," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 29/8/2008

Pamer Semangat Patriotik

E-mail Print PDF
merdeka

SEBAGAI rakyat Malaysia, Isma Airfath Hassanudin, 39, akan menanti detik kehadiran 31 Ogos setiap tahun untuk diraikan dengan penuh berkobar-kobar.

Jati diri dan kebanggaan sebagai anak merdeka membuatkan Isma Airfath sentiasa mencari idea baru untuk mempamerkan semangatnya.

Sempena menyambut ulang tahun ke-52 Hari Kebangsaan tahun ini, anak jati Rantau Panjang, Kelantan ini sanggup menghabiskan sebanyak RM1,200 untuk mengecat van volkswagen lamanya dengan ikon-ikon kemerdekaan negara.

Dengan menggunakan teknik ‘air brush’ kereta antik yang diberi nama sebagai Combi ini menampilkan Jalur Gemilang dan wajah-wajah Perdana Menteri pertama hingga keenam.

Konsep 1Malaysia yang menjadi gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang turut tidak dilupakan sebagai tanda ikatan kukuh perpaduan kaum di negara ini.

Utusan Malaysia, 28 Ogos 2009

Jadi negara terbaik

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan hari pertama fasa 50 tahun kedua kemerdekaan negara dengan komitmen tidak membenarkan lagi bumi dan minda dijajah.

Read more...

Gendang merdeka bersatu

E-mail Print PDF
SEREMBAN 28 Ogos - Sebaik sahaja gendang diketuk, suasana menjadi begitu gamat seolah- olah sedang berada di sebuah festival muzik antarabangsa. Lebih menghangatkan lagi apabila rentak gendang yang diketuk itu mengikut alunan lagu Mentera Semerah Padi, nyanyian M. Nasir sekali gus membawa lebih 400 pemukul gendang ke dalam Malaysia Book Of Records' sebagai pemukul gendang paling ramai pada satu-satu masa.

Program anjuran Syarikat SKF Sdn. Bhd. itu melibatkan penyertaan kakitangan dalam satu majlis makan malam sempena bulan kemerdekaan negara yang ke-51 di Hotel The Royale Bintang di sini, baru-baru ini. Seorang peserta, Wan Zamzahidi Wan Zahid, 34, berkata, beliau begitu teruja melakukan pukulan gendang secara beramai- ramai kerana ia jarang sekali berlaku.

"Sukar untuk kita melakukan jika tiada bersefahaman dalam alunan rentaknya. Di sini, kami semua sepakat untuk satu tujuan, mengeratkan hubungan antara semua kaum melalui pemakaian alat muzik," katanya. Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat turut serta dalam program seumpama ini, apatah lagi dalam usaha mencipta rekod baru penggunaan jumlah pemain gendang teramai.

Sementara itu, seorang lagi peserta, K. Senthivelu, 37, menganggap program seperti itu merupakan salah satu perkara yang menonjolkan adat serta budaya masyarakat di negara ini. "Ia tidak pernah menghalang untuk menyatakan rasa kagum terhadap penyatuan budaya lebih-lebih lagi ketika negara sedang menuju kemerdekaan yang ke-51, Ahad ini.

"Saya berbangga kerana melakukan ini, lebih-lebih lagi anda sedang memegang gendang yang mungkin ada di antara rakan saya yang belum pernah mencuba atau melihat dari dekat. Ini adalah keunikan dalam program seumpama ini," katanya.

Rafidah Bahudin, 32, berkata, majlis makan malam seperti itu boleh dianggap sebagai satu kelainan kerana sebelum ini, ia menjadi tradisi untuk mereka duduk bersama rakan-rakan sambil meraikan majlis tersebut. "Sebelum ini, kami melalui dalam suasana biasa, tiada kelainan. Tetapi hari ini, kami melakukannya dalam semangat patriotik sambil memukul gendang, kami dialunkan dengan rentak Mentera Semerah Padi.

"Kami teruja dan cukup bersemangat. Ini adalah satu penciptaan sejarah buat pekerja dan rakan di syarikat ini," jelasnya. Program yang diaturkan oleh syarikat SKF ini merupakan yang pertama diadakan di negeri ini melibatkan sebuah syarikat swasta dan ia menjadi satu kenangan abadi yang mungkin juga mencipta sejarah tersendiri. Pada akhir pemukulan gendang itu, semua peserta yang terlibat berpuas hati kerana ia mencerminkan bukan sahaja semangat setiakawan yang tinggi, tetapi juga menceritakan kehebatan masyarakat pelbagai kaum Malaysia yang boleh duduk semeja.

Sumber: Utusan Malaysia 29/8/2008

Celebrations to be held on smaller scale to curb spread of flu

E-mail Print PDF

KUALA LUMPUR: For the first time since independence the National Day celebration will be held at the Parliament House compound to commemorate the country’s 52nd independence day.

Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim announced that the celebration will be held on a smaller scale.

“One of the reasons why it will be held at the Parliament compound is to prevent the spread of the influenza A(H1N1).

Many parents, educationists and also the Education Ministry have advised against children taking part in the public celebration,” he told a press conference.

He added that the choice of venue was also changed from the Bukit Jalil National Stadium to the Parliament House compound in view of the Ramadan month.

“Therefore, the festivities will be held in moderation. Due to the lack of space in the Parliament House compound, the programme will be limited only to important elements such as performances reflecting the 1Malaysia concept.”

“We hope the rakyat will understand. They can still enjoy the celebration on TV. Hopefully next year’s Merdeka will be in its full glory.”

Dr Rais said there would not be any parade but about 7,000 participants would be lining up along the road from the Bank Negara roundabout to the Parliament House compound to usher in the Merdeka spirit.

Guests expected to attend the event, that is scheduled to start at 8am, include Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, Cabinet members and former premiers Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Among the events lined-up are the King’s address, dance formations symbolising the 1Malaysia concept, song performances, the Merdeka oath declaration and air shows by the air force, police and Malaysian Maritime Enforcement Agency.

“I would also like to encourage all Malaysians to fly the Jalur Gemilang as a symbol of our personal struggle in upholding the 1Malaysia that we all love. We do this not because of political reasons or religious beliefs but for the love of our country,” he said.

He added that Merdeka thanksgiving ceremonies will also be held simultaneously at separate places on Merdeka eve by the four major religions in the country – Islam, Christianity, Buddhism and Hinduism.

The Star, 28 August 2009

Sambutan berwajah Malaysia

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 di Dataran Merdeka di sini hari ini melambangkan wajah sebenar Malaysia dengan rakyat berbilang kaum tampil penuh warna-warni atas semangat muhibah, bersatu-padu dan setiakawan sejati.

Read more...

Pelajar didedah kefahaman merdeka

E-mail Print PDF
PORT DICKSON 28 Ogos - Program Panel Intelek sempena Bulan Kemerdekaan 2008 anjuran Jabatan Penerangan negeri dan Politeknik Port Dickson di sini semalam berjaya mencapai matlamat meningkatkan kesedaran pelajar tentang erti kemerdekaan.

Pelajar jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan, Intan Faizatul Nazaliah Gzali, 18, berkata, kemerdekaan merupakan satu anugerah tidak ternilai yang mesti dihargai segenap lapisan rakyat. "Walaupun negara telah merdeka, generasi muda hari ini hendaklah belajar daripada sejarah silam agar keperitan mengharungi zaman penjajahan selama 446 tahun tidak berulang," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program tersebut di Politeknik Port Dickson di sini semalam.

Kira-kira 300 pelajar Politeknik Port Dickson mengikuti program itu yang dirasmikan oleh Pengarah Penerangan negeri, Ahmad Iqbal Zainal Azim. Rakannya, Norsyafiqa Khairudin, 18, berkata, kemerdekaan bermakna bebas daripada segala unsur serta gejala negatif yang boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara.

Katanya, sebagai generasi pelapis kepimpinan, golongan remaja sepatutnya memanfaatkan kemerdekaan dengan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. "Adalah tidak wajar menyamakan kemerdekaan dengan kebebasan untuk melakukan atau berkata apa sahaja hingga boleh mengganggu sensitiviti masyarakat," jelasnya.

Pelajar Diploma Akauntan, Faisal Alwi, 19, pula menyarankan remaja menghayati serta mengimbau kembali perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tok Janggut, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

"Bagi saya, cara ini jauh lebih baik daripada melibatkan diri dengan gejala tidak bermoral seperti lumba haram atau mengadakan pesta liar pada malam ambang merdeka," ujarnya. Rakannya dari jurusan sama, A. Murugan, 17, berharap lebih ramai golongan remaja menghadiri program menghayati erti kemerdekaan anjuran pihak kerajaan dan swasta.

"Dengan cara ini, generasi muda akan lebih menghargai nikmat kemerdekaan selama ini di samping memupuk semangat patriotisme dalam diri," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 29/8/2008

Sambutan kemerdekaan cuma 40 minit

E-mail Print PDF

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 di pekarangan Parlimen hanya akan berlangsung selama 40 minit bagi menghormati bulan Ramadan dan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sambutan pada Isnin ini akan dimulakan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 8 pagi dan kemudiannya diikuti kepimpinan tertinggi negara lain.

Beliau berkata, sebanyak 1,600 orang akan berada di pekarangan Parlimen dan ia termasuk bekas Perdana Menteri, ahli-ahli Parlimen dan wakil kedutaan asing manakala 1,000 peserta lagi akan berdiri di kiri kanan jalan dari pintu masuk utama sehingga pekarangan Parlimen.

"Majlis akan dimulakan dengan pertunjukan gerak senaman serta nyanyian yang melambangkan 1Malaysia dan lintas udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Acara lain yang akan diadakan adalah kawad hormat, ikrar merdeka dan laungan merdeka sebanyak tujuh kali," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Berikutan pekarangan Parlimen yang sempit, katanya, orang ramai digalakkan untuk menyaksikan upacara sambutan itu hanya menerusi siaran langsung televisyen.

"Jika orang ramai masih ingin hadir mereka akan dibenarkan menyertai lebih 6,000 peserta yang akan berdiri di kiri kanan jalan dari bulatan Bank Negara sehingga pintu utama Parlimen.

"Orang ramai dan peserta yang hadir akan diberikan buku kecil mengenai 1Malaysia terbitan Jabatan Penerangan secara percuma.

"Kita juga menggalakkan semua yang hadir untuk memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan virus H1N1," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Tuanku Mizan; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri Majlis Kesyukuran Merdeka yang akan diadakan di Masjid Negara pada Ahad ini.

"Majlis yang akan dihadiri 3,000 orang bermula pada pukul 6.30 petang melibatkan majlis berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah serta jamuan moreh," jelasnya.

Katanya, pada hari sama turut diadakan Majlis Kesyukuran Merdeka di St. John Cathedral, Jalan Bukit Nenas; Wisma Buddhist, Jalan Klang Lama dan Kuil Sri Ramalingeswaran, Off Jalan Bangsar yang akan dihadiri menteri dan timbalan menteri bukan Islam.

Sementara itu, beliau berkata, pemilik bangunan dan rumah yang masih lagi tidak mengibarkan Jalur Gemilang diminta segera berbuat demikian.

"Saya memohon supaya ini dijadikan sebagai perjuangan peribadi untuk Malaysia yang dicintai dan bukan untuk apa-apa gerak kerja politik atau kepercayaan lain," katanya.

Utusan Malaysia, 28 Ogos 2009

Amerika Syarikat ucap tahniah

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Presiden George W.Bush mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 hari ini sambil menyifatkan negara ini sebagai satu penyuluh harapan.

Beliau berkata, 50 tahun yang lepas sebuah negara muda terbentuk di Semenanjung Malaya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Bush berkata, demokrasi di Malaysia dicapai berdasarkan prinsip menghormati hak semua anggota masyarakatnya tanpa mengira kaum atau agama.

"Malaysia telah menjadi sebuah negara makmur dan satu penyuluh harapan," katanya. Bush berkata 31 Ogos merupakan tarikh bersejarah buat Malaysia kerana untuk mendapatkan kemerdekaan, ia perlu menewaskan pihak komunis dan kemudiannya merangka satu haluan yang memberi kesaksamaan kepada rakyatnya.

Sumber: Utusan Malaysia, 1 September 2007

Raptai Hari Kemerdekaan berjalan lancar

E-mail Print PDF
SEREMBAN 28 Ogos - Lebih 1,000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai raptai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang melihat persiapan sambutan Hari Kemerdekaan itu berkata, beliau berpuas hati dengan atur cara berkenaan dan berharap raptai penuh esok lebih tersusun. "Pergerakan masuk kontinjen telah disusun dengan baik, begitu juga lagu dan persembahan semuanya menyakinkan saya bahawa majlis sambutan akan sempurna," katanya.

Beliau berkata, sambutan kali ini dibuat secara sederhana tetapi masih mengekalkan semangat cintakan negara. Katanya, sambutan tetap mengutamakan semangat perpaduan kaum, persefahaman dan paling utama mereka menghargai kemerdekaan.

Raptai dimulakan dengan kawalan kehormatan dari Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Khairul Nizam Bashar. Ia disusuli acara deklamasi sajak bertajuk Kitalah Warga Merdeka Yang Mengerti disampaikan oleh tiga remaja, Mohd. Ismail Adnan, Asha Nett Manikam dan Lee Pui Chee.

Raptai tambah menarik apabila 300 pelajar pelbagai kaum mengadakan persembahan Warna-warni Perpaduan Budaya yang sangat menarik.

Sumber: Utusan Malaysia 29/8/2008

Penang scraps National Day parade

E-mail Print PDF

GEORGE TOWN: Penang has decided to cancel the the state-level National Day parade due to the Influenza A(H1N1) pandemic which has so far claimed 71 lives in the country.

Chief Minister Lim Guan Eng said it would be in the best interest of everyone to cancel the annual parade and procession, urging the public to remain vigilant as the Government look into ways to contain the outbreak.

Lim said this after chairing the weekly state executive councillors meeting at Komtar yesterday.

“We would still celebrate National Day on Aug 31, albeit on a smaller scale and shorter duration,” he said.

“It would be a small gathering as our priority is to preserve public health,” Lim added.

This is the first time that the state has scrapped a National Day parade due to an outbreak of a contagious ailment.

The Star, 27 August 2009

Reaksi Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara tahun ini sebagai yang paling manis dan bermakna baginya. "Saya bersyukur kerana dapat menikmati kemerdekaan kali ini dan tahniah kepada penganjur. Acara hari ini sangat istimewa bagi saya terutamanya segmen yang memaparkan perjuangan serta sumbangan lima Perdana Menteri sepanjang 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan acara perbarisan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Read more...

Semangat patriotik dalam puisi merdeka

E-mail Print PDF
SINTOK 28 Ogos - Laman Budaya Pusat Kegiatan Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam bergemuruh dengan laungan semangat patriotik warga kampus universiti berkenaan yang mendeklamasikan puisi-puisi sempena kemerdekaan negara.

Malam Suara Merdeka 2008 itu memberi peluang kepada warga UUM khususnya penggiat seni untuk meluahkan rasa cinta mereka kepada tanah air menerusi puisi bertema kemerdekaan negara selain menyampaikan idealisme, matlamat dan wawasan perjuangan mereka.

Program anjuran Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan UUM itu turut disertai oleh Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang menyampaikan puisi berbentuk cerita berdasarkan pengalamannya. Cerita yang disampaikan itu berkisar tentang masih terdapat segelintir golongan yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Tidak ketinggalan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid yang menyampaikan puisi bertajuk Penyambung Merdeka karya Tan Sri Dr. Awang Had Salleh. Selain pendeklamasi UUM, Malam Suara Merdeka 2008 diserikan dengan puisi, gurindam dan nyanyian solo yang disampaikan oleh pemuisi terkenal Puzi Hadi, Wan Ismalinda, Ed Lazim, Zakiah Bahari dan Ahmad Ramli.

Program itu turut disertai pemuisi dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara dan Sekolah Menengah (SM) Kebangsaan Sintok.

Sumber: Utusan Malaysia 29/8/2008

17 bayi merdeka lahir di Ipoh

E-mail Print PDF
IPOH 1 Sept. - Seramai 17 bayi selamat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sempena Hari Kemerdekaan Ke-52, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, daripada jumlah itu, 10 bayi yang dilahirkan adalah lelaki dan tujuh bayi perempuan.

Menurutnya, bayi pertama perempuan Cina dilahirkan oleh seorang suri rumah pada pukul 1.09 pagi ini.

"Tiada bayi kembar dilahirkan dan semua bayi dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pemberian sumbangan Ahli Lembaga Pelawat HRPB kepada bayi Merdeka di Wad 14, hospital itu di sini.

Hang Soon berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda prihatin terhadap bayi yang lahir sempena Hari Kemerdekaan ini.

Sementara itu, seorang suri rumah, Rosifa Roslee, 25, berkata, beliau melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 6.30 pagi ini.

"Tak sangka anak saya lahir pada hari Merdeka dan ia memberikan satu kejutan pada keluarga," katanya yang melahirkan anak kedua itu.

Seorang suri rumah, Chang Yoke Eng, 37, pula melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.09 pagi ini.

"Saya gembira dengan kelahiran anak ketiga pada hari Merdeka ini kerana ia adalah satu kebanggaan kepada keluarga," katanya yang belum memilih nama untuk anaknya itu.

Utusan Malaysia, 2 September 2009

Pendakian ekspedisi Gunung Kinabalu Pemuda BN berjaya

KOTA KINABALU, 31 Ogos - Lebih 80 orang pemuda Barisan Nasional (BN) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu malam tadi dan memacakkan bendera parti komponen dan Jalur Gemilang. Walaupun cuaca pada ketika itu sejuk ia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan pendaki Ekspedisi Gunung Kinabalu sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara dari menawan puncak gunung itu.

Read more...

Berbasikal bawa Jalur Gemilang

E-mail Print PDF
BESUT 28 Ogos - Sebanyak 61 pelajar Sekolah Kebangsaan Pelagat, di sini menyertai aktiviti berbasikal sambil membawa Jalur Gemilang menerusi Program Kayuhan Merdeka semalam. Program yang melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer pergi dan balik itu turut disertai 11 ahli Kelab Basikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.

Pengerusi program, Zulkipli Che Mamat berkata, acara itu merupakan sebahagian daripada Sambutan Ambang Merdeka Ke-51 yang diadakan melibatkan warga sekolah itu. Katanya, ia bertujuan memupuk pelajar untuk memahami pahit getir yang terpaksa ditempuhi oleh golongan terdahulu berjuang demi kedaulatan kemerdekaan negara.

Menurutnya, menerusi program itu juga diharapkan dapat menanam perasaan bangga di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang. Pelepasan peserta dilakukan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pelagat, Abdul Majid Ahmad manakala penutup dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Mohd. Rashid Zakaria.

Soure: Utusan Malaysia 29/8/2008

Hargai pengorbanan tentera - Mohamad

E-mail Print PDF

SEREMBAN 1 Sept. - Masyarakat wajar menghargai pengorbanan pegawai dan anggota tentera dalam memastikan negara ini kekal aman dan merdeka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terdapat beberapa usaha dan konspirasi untuk meruntuhkan kemerdekaan negara ini pernah dilakukan oleh anasir-anasir tidak bertanggungjawab terutamanya pengganas komunis.

Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua niat jahat pihak-pihak berkenaan digagalkan berkat keikhlasan angkatan tentera serta petugas-petugas pasukan keselamatan negara yang lain berjuang untuk negara.

"Jasa pegawai dan anggota tentera mempertahankan kemerdekaan negara tanpa mengira masa serta terpaksa meninggalkan keluarga lebih-lebih lagi pada hari perayaan tidak sewajarnya kita lupakan," katanya.

Mohamad berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Balu-Balu Angkatan Tentera di Surau Al-Abidin, Markas 1 Briged Kem Rasah dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Panglima Markas 1 Briged Kem Rasah, Brigadier Jeneral Abdullah Karim dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

Pada majlis sama, Mohamad dan Raja Salbiah menyampaikan bantuan wang tunai sumbangan kerajaan negeri kepada seramai 41 balu anggota tentera serta 63 anak yatim keluarga tentera.

Setiap balu anggota tentera menerima sumbangan sebanyak RM300 manakala anak-anak yatim menerima RM100 setiap seorang.

Dalam pada itu, Mohamad menambah, kesemua balu anggota tentera di negeri ini disaran supaya sentiasa bersemangat cekal menghadapi kehidupan di samping menyuntik semangat anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran.

Kata beliau, kerajaan negeri akan memastikan kebajikan keluarga anggota tentera yang terkorban atau meninggal dunia sewaktu bertugas sentiasa terbela melalui pelaksanaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

Utusan Malaysia, 2 September 2009

Ambang Merdeka paling meriah

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Orang ramai menyifatkan sambutan Ambang Merdeka ke-50 yang diadakan di Dataran Merdeka di sini malam tadi sebagai yang paling meriah pernah diadakan di negara ini. Rata-rata pengunjung yang ditemui Utusan Malaysia melahirkan rasa kagum dan teruja dengan acara serta pendekatan yang diperkenalkan pada sambutan kali ini.

Read more...

Array of Merdeka events at MS Garden Hotel

E-mail Print PDF
KUANTAN: With Merdeka Day just around the corner, MS Garden Hotel here has lined up a host of activities for the special occasion. The hotel's communications executive Noor Adzilah Abidin said there would be games, live band performances, the joget lambak Malay dance, lucky draw prizes, delicious dishes and bargains at bazaar stalls. She said there would also be a fashion show where women participants would dress in kebaya or traditional attire while the men would be clad in sarongs.

"Children under the age of 12 years are encouraged to join in the fun and parade on stage. "We want all guests to have fun and celebrate as a nation," she said, adding that the initiative was to show the hotel's loyalty and responsibility as a corporate citizen.

Noor Adzilah said the event would start at 7pm on August 30 and end at 1am. The bazaar had already started operations and received a good response, she said. Guests are required to purchase coupons at RM30 nett per booklet. For more information, call 09-511 8888/517 7899 or visit the website www.msgarden.com.my.

Source: The Star 29/8/2008

Gerakan merungkai ikatan perpaduan

E-mail Print PDF

SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan ke-52 berlangsung dalam suasana ringkas dan sederhana. Majlis-majlis di ambang kemerdekaan pula diserikan dengan acara berbentuk keagamaan.

Semestinya kejayaan menempuh pelbagai cabaran sepanjang 52 tahun menikmati kemerdekaan tidak dicapai dengan begitu mudah.

Banyak pengorbanan dilakukan. Banyak hati dan perasaan yang terpaksa dilukakan lantaran memelihara kemerdekaan di sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama bukan tugas yang mudah.

Meskipun garis panduan tata cara kehidupan rakyat Malaysia telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, namun banyak kerja tambahan yang perlu dilakukan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Ini kerana tempoh 52 tahun kemerdekaan tanah air belum mampu membentuk rakyat yang benar-benar berpadu, saling percaya mempercayai dan menghormati persetujuan yang telah dicapai ketika negara mencapai kemerdekaan.

Lebih-lebih lagi jika disorot perkembangan mutakhir ini. Banyak yang menduga kebijaksanaan serta kesabaran - jika hilang pertimbangan akan tercetus rasa tidak puas hati sehingga mengakibatkan satu lagi tragedi yang boleh mencacatkan status kemerdekaan negara.

Sebab itu dalam keadaan rakyat Malaysia mengorak langkah meniti tahun ke-53 kemerdekaan tanah air, banyak peristiwa silam yang mesti ditoleh.

Banyak pengajaran yang mesti dipelajari supaya langkah seterusnya tidak sumbang dan hasrat membentuk gagasan 1Malaysia dapat dicapai.

Hakikatnya perjuangan untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah menuntut pengorbanan. Dan pengorbanan itu tidak terhenti setakat itu. Banyak lagi pengorbanan yang dituntut untuk memastikan kemerdekaan tanah air terus menjadi milik rakyat.

Pengorbanan paling ketara adalah mengikis sikap prejudis dan saling mengesyaki sesama kaum di negara ini sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni. Malah hari pertama selepas 52 tahun merdeka negara masih diselubungi isu-isu berbau perkauman dan menyentuh sensitiviti agama dengan parti-parti yang menjadi komponen kerajaan negara ini tidak lekang daripada 'pergolakan' dalaman.

Sebab itu tuntutan utama untuk meneruskan kesinambungan tanah air yang merdeka tidak boleh dipandang ringan. Sejarah yang pernah menyaksikan tragedi 13 Mei 1969 pada bila-bila masa boleh saja memutarkan semula kejadian itu dan tidak mustahil kesannya lebih dahsyat.

Tuntutan mengisi kemerdekaan menjadi lebih sulit selepas tempoh 50 tahun merdeka lantaran anasir-anasir yang ingin menghancurkan negara bergerak secara senyap.

Mereka berperanan umpama gunting dalam lipatan mencari titik paling rapuh dalam masyarakat pelbagai kaum dan menggunakan bahagian tersebut untuk mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.

Tentunya agenda tersebut terus digerakkan malah secara lebih aktif lagi lantaran usaha-usaha yang dilakukan sebelum ini masih belum berjaya sepenuhnya.

Akan ada cubaan demi cubaan untuk membangkitkan isu-isu perkauman - dengan harapan kemerdekaan negara yang bernama Malaysia ini akan bertukar tuannya.

Tidak mustahil harapan itu menjadi kenyataan kerana usaha yang dilakukan secara berdikit-dikit itu sedikit sebanyak telah berjaya merungkai ikatan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama.

Utusan Malaysia, 2 September 2009

Page 1 of 14

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »