m-logo
  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Bahasa MalaysiaEnglish
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
You are here: Achievements > Sports

Sukan

Rosli Kader

E-mail Print PDF
Rosli Kader jaguh lumba basikal negara  yang berjaya melakarkan namanya seiring dengan jaguh pelumba negara yang lain seperti Ng Joo Ngan, adiknya Ng Joo Pang, Nordin Puteh, Shahrudin Jaafar dan Andrew Michael di waktu bintangnya bergemerlapan.  

Rosli Kader dilahirkan pada Jun 1940 berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Beliau yang menamatkan bidang kerjaya ini pada usia 33 tahun.

KEJAYAAN:
•  1962- Sukan Asia 100km berpasukan (pingat gangsa)
•  1963- Sukan Komanwel di Australia 100km (pingat emas), 200km berpasukan (pingat gangsa)
•  1964- Sukan Olimpik di Jepun
•  1966- Sukan Asia di Thailand
•  1967- Sukan Seap 100km berpasukan
•  1970- 200km lebuh raya Asean (pingat gangsa)
•  1971- Sukan Seap 100km (pingat perak)

Sylvia Ng

E-mail Print PDF
Sylvia Ng, nama besar dalam kamus badminton negara yang pernah menggegar dalam pelbagai pertandingan antarabangsa satu ketika dulu berasal dari Johor Bahru. Sylvia mula mewakili negara pada tahun 1966 ketika berumur 16 tahun.

Mengimbas kembali rentetan sejarah kemenangannya, Sylvia pastinya tidak akan melupakan kemenangan ke atas seteru utama, Wirawati dari Indonesia dalam Sukan Sea 1977 Kuala Lumpur yang rekodnya terus kukuh terpahat di kamus badminton negara.

PENCAPAIAN:
1969 - Emas Sukan Seap di Rangoon
1973 - Emas Sukan Seap di Singapura
1977 - Emas Sukan Sea Kuala Lumpur
1978 - Emas Sukan Komanwel Montreal

ANUGERAH
Olahragawati Kebangsaan 1975 dan 1978
Pingat AMN daripada Yang di-Pertuan Agong pada 1982
Pingat PIS dari Sultan Johor 1978

Foo Kok Keong

E-mail Print PDF
Foo Kok Keong dilahirkan pada 8 Januari 1963 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan pemain badminton kebangsaan. Kini Foo Kok Keong merupakan Ahli Jawatankuasa dan Jurulatih Badminton Nusa Mahsuri mulai 1 Januari 1996.

PENCAPAIAN
1986
• Tempat Ke-3, Berpasukan Piala Thomas
1988
• Naib Juara Perseorangan Lelaki ABC(Asian Badminton Championships)
• Naib Juara Berpasukan Piala Thomas

1989
• Pemegang Pingat Perak Perseorangan Lelaki Kejohanan Piala Dunia, Guangzhou

1990
• Juara Perseorangan Terbuka Singapore
• Juara Perseorangan Terbuka France
• Pemegang Pingat Perak Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Auckland
• Naib Juara Berpasukan Piala Thomas
• Naib Juara Perseorangan Sukan Komanwel
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Jepun
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Hong Kong
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Malaysia

1991
• Naib Juara Perseorangan All England
• Naib Juara Perseorangan ABC
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Malaysia

1992
• Juara Berpasukan Piala Thomas
• Naib Juara Perseorangan ABC

1994
• Juara Perseorangan ABC
• Naib Juara Berpasukan Piala Thomas

M Vasugi

E-mail Print PDF
BUKAN mudah menempah tiket ke Olimpik, namun bagi bekas jaguh taekwondo wanita, M Vasugi kemampuan meraih pingat perak pada penyertaan pertama di Sukan Sea 1987 membawa tuah buatnya apabila kejayaannya itu dijadikan sebagai faktor pemilihan untuk mewakili negara ke temasya yang berlangsung di Seoul pada 1988.

Vasugi yang berasal dari Klang, Selangor berjaya membawa pulang gangsa dalam Sukan Olimpik 1988. Pencapaian bersejarah itu sudah cukup bermakna buat Vasugi serta Persatuan Taekwondo Malaysia.

ANUGERAH: Anugerah Jurulatih Pembangunan Wanita 2003

PENCAPAIAN:
1987 - Pingat perak Sukan Sea Jakarta
1988 - Pingat gangsa Sukan Olimpik Seoul
1989 - Pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur
1990 - Pingat emas Kejohanan Jemputan Dunia Kuala Lumpur
1991 - Pingat emas Sukan Sea Manila

Misbun Sidek

E-mail Print PDF
Mohamed Misbun Bin Dato’ Sidek dilahirkan pada 17 Februari 1960 di Banting, Selangor. Misbun Haji Sidek merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun.

Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia badminton beliau telah menunjukkan komitmen yang penuh dedikasi sehingga telah dikurniakan pingat kebesaran BSD, AMP, AMN, PJK. Jawatan yang dipegang oleh beliau sepanjang penglibatan di dalam dunia badminton ialah sebagai Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002), Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1 Januari hingga sekarang), Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004) dan Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang).

Pencapaian beliau dari awal penglibatan iaitu tahun 1976 sehingga 2005:

1976
• Juara Kebangsaan B -18

1977
• Juara Kebangsaan B -18

1978
• Juara Kebangsaan B -18

1979
• Juara Kebangsaan B -21

1980
• Juara Kebangsaan, Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta

1981
• Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
• Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila,Olahragawan Kebangsaan

1982
• Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Naib Juara Perseorangan Piala Dunia,Semi Finalis Perseorangan All England, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1983
• Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Juara Perseorangan Terbuka Kanada, Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia, Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex

1985
• Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1986
• Juara Perseorangan Terbuka Malaysia, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia, Naib Juara Kejohanan All England

1987
• Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei, Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore), Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1988
• Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia, Naib Johan Piala Thomas(pasukan)

1990
• Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

1992
• Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

1994
• Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

1996
•  Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta

1998
• Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

2000
• Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

2002
• Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia, Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia, Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor, Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara

2004
• Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen

2005
• Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA

Rashid Sidek

E-mail Print PDF
Rashid Sidek dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor adalah pemain badminton Negara. Rashid merupakan anak bongsu daripada lima adik –beradik Sidek.

Rashid dan adik-beradiknya terlibat dengan aktif dalam sukan badminton. Dia merupakan pemain termuda yang memenangi National Junior Badminton Championship pada 1980 semasa berumur 12 tahun.

JAWATAN:
*Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002)

*Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1 Januari hingga sekarang)

*Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia(Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004)

*Ketua Jurulatih Junior Persatuan Badminton Malaysia(Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang

Pencapaian
1990
• Pemegang Pingat Emas Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Auckland
• Juara Perseorangan Terbuka Malaysia

1991
• Juara Perseorangan Terbuka Malaysia

1992
• Juara Perseorangan Terbuka Malaysia
• Juara Berpasukan Piala Thomas
• Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia
• Juara Perseorangan ABC
• Suku Akhir Perseorangan Sukan Olimpik

1993
• Semi Finalis Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia
• Semi Finalis Perseorangan Piala Dunia

1994
• Pemegang Pingat Emas Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Victoria
• Naib Juara Berpasukan Piala Thomas
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Malaysia

1995
• Juara Perseorangan Terbuka Brunei
• Pemegang Pingat Perak Berpasukan Sea Games
• Pemegang Pingat Gangsa Perseorangan Sea Games
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka Thailand
• Suku Akhir Perseorangan Terbuka Malaysia
• Suku Akhir Perseorangan Terbuka Sweden
• Suku Akhir Perseorangan Terbuka Piala Konica (Singapore)

1996
• Juara Perseorangan Piala Asia
• Juara Perseorangan Terbuka Jerman
• Naib Juara Perseorangan All England
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei
• Pemegang Pingat Gangsa Perseorangan Sukan Olimpik
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka USA
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka Thailand

1997
• Diiktiraf sebagai pemain No. 1 Dunia oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF)
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka Thailand
• Suku Akhir Perseorangan Terbuka Malaysia
• Suku Akhir Perseorangan Terbuka Sweden

1998
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka Jepun
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka Hong Kong
• Semi Finalis Perseorangan Terbuka Malaysia
• Pusingan Ke-3 Perseorangan Terbuka Piala Konica
• Pusingan Ke-3 Perseorangan Terbuka Denmark

1999
• Terpilih antara 16 pemain terbaik dalam Akhir Grand Prix Dunia di Brunei

2000
• Naib Juara Perseorangan Terbuka Korea

2004
• Tenaga jurulatih Piala Thomas/Uber  Malaysia
• Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen

2005
• Tenaga jurulatih Ke Kejohanan ABC Junior, Jakarta (Naib Juara Wanita Berpasukan)

Nurul Huda Abdullah

E-mail Print PDF
Nurul Huda Abdullah dilahirkan pada 31 Julai 1972 di Selangor. Dia mewakili Negara dalam sukan renang pada tahun 1985. Nurul Huda masih menjadi sejarah dalam sukan tanah air negara menerusi pencapaian terbaiknya di Temasya Kuala Lumpur 1989 dengan lapan emas.

Dia juga dimahkotakan atlit wanita terbaik temasya berkenaan dengan merangkul emas bagi acara 200m, 400m, 800m gaya bebas, 200m kuak lentang, 200m kuak kupu-kupu, 200m dan 400m rampaian perseorangan serta 4x100m rampaian.

Kehebatan Nurul Huda yang menguasai kolam renang memang sudah dijangka berbekalkan reputasi hebatnya yang menggegarkan kota Bangkok pada Sukan Sea 1985 dengan memperoleh tujuh emas dalam acara kegemarannya.

Walau hanya berusia 13 tahun ketika itu, Nurul Huda memonopoli acara 400m rampaian perseorangan, 800m gaya bebas, 100m gaya bebas, 200 rampaian perseorangan, 200m kuak kupu-kupu, 400m gaya bebas dan 200m gaya bebas.

Dua tahun selepas itu, di Sukan Sea Jakarta Nurul terus menyengat dengan meraih tujuh emas dalam acara kegemarannya 100m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 800m gaya bebas dan 200m kuak kupu-kupu.

Berakhirnya temasya 1989, Nurul terus bersara dan cucu kepada bekas Presiden Singapura, Wee Kim Wee itu meneruskan pengajian dan lulus Sarjana Muda Sains dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.

Pencapaian:

• 1985 - Tujuh emas Sukan Sea Bangkok
• 1987 - Tujuh emas Sukan Sea Jakarta
• 1989 - Lapan emas Sukan Sea Kuala Lumpur

Sazali Samad

E-mail Print PDF
Sazali Samad ialah seorang atlet bina badan Malaysia. Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Sazali Samad yang sudah berkahwin banyak melakukan senaman angkat besi di pusat latihan bina badan Polis Diraja Malaysia PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur dan juga di gimnasium rakyat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sazali Samad juga merupakan salah seorang ahli Bina Badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha,  Qatar.

Pencapaian
2006
• Pingat perak Sukan Asia di Doha, Qatar
• Juara Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia Bantamweight (65kg), di Republik Czech

2005
• Naib Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Duniakategori Bantamweight (65kg) di Shanghai, China.
• Naib Juara bina badan kategori Bantamweight Sukan SEA di Manila, Filipina.
• Naib Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

2004
• Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia 2004, kategori Bantamweight (65kg) di Moscow, Rusia.
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

2003
• Tempat Ke-tiga Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia 2003 kategori Bantamweight (65kg) di Mumbai, India.
• Naib Juara kategori Lightweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia.

2000
• Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg) di Melaka, Malaysia.
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1999
• Tempat Ke-empat Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1998
• Tempat Ke-enam Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1997
• Tempat Ke-empat kategori Bantamweight Pertandingan Sukan Bina Badan Dunia IFFB
• Tempat Ke-enam Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)
• Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
• Juara bina badan kategori Bantamweight Sukan SEA di Jakarta, Indonesia

1996
• Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995
• Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994
• Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993
• Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
• Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992
• Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah
2007
• Olahragawan Lelaki Tahunan 2006 (Anugerah Sukan Kebangsaan Malaysia2007)
• Anugerah Melayu Cemerlang UMNO

Dato' Mokhtar Dahari

E-mail Print PDF
Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Mokhtar Dahari meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi disebabkan penyakit Mascular Dystrophy.

Rajamani Mailvaganam

E-mail Print PDF
Rajamani Mailvaganam lahir 10 November 1943 di Tapah, Perak ialah Ahli Sukan Wanita Tahunan 1966 di Malaysia. Pada tahun 1964, beliau mewakili Malaysia untuk olahraga dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Tokyo, Jepun, dan pada tahun 1965, beliau mencapai empat pingat emas dalam Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur untuk perlumbaan 200 meter, 400 meter, 800 meter, dan 4 x 100 meter.

Kemudian pada tahun berikutnya, beliau memenangi perlumbaan 400 meter, 800 meter, dan 4 x 100 meter, serta mendapat tempat kedua dalam perlumbaan 200 meter di Sukan SEAP di Bangkok.

Selepas penamatan kerjaya olahraganya, Rajamani melibatkan diri dalam melatih ahli-ahli sukan pada peringkat sekolah, daerah dan negara, termasuk satu tempoh yang singkat dengan Majlis Sukan Negara sebagai jurulatih jasmani untuk pasukan-pasukan Piala Thomas pada tahun 1992 dan 1994

Disebabkan kebanggaan yang beliau memberikan kepada negara, Rajamani telah dianugerahkan dengan Darjah Dato Paduka Tuanku Jaafar yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 22 Julai 2006.

Shalin Zulkifli

E-mail Print PDF

Her mother introduced Shalin Zulkifli to sports when she was 9 years old. At the age of 13, she began competing in local championships where she won the National Youth Bowling Championships. The SEA Games in Singapore in the same year brought long-awaited glory.


The Asian Games in Hiroshima in 1994 saw the excellent performance of the 16-year old when Shalin succeeded to win two gold medals, helping Malaysia to take 4th place in the Team World Cup which was held for the first time, in Petaling Jaya.

Datuk Nicol Ann David

E-mail Print PDF
Nicol Ann David (23 August 1983) is a Malaysian squash player who once held the title as the number 1 women’s squash player in the world, and champion (beginning 2005) of the British Open and World Open. She is the first Asian to hold the title. Born in Pulau Pinang, Nicol is the daughter to Desmond David and Ann Marie David. Her father is an engineer and her mother is a teacher. She has two siblings, named Liane and Cheryl.

Datuk M. Jegathesan

E-mail Print PDF

Dato' Dr. M. Jegathesan was born on the 2nd of November 1943 in Ipoh, Perak. He received his early education in Sekolah Kebangsaan Batu Road and Victoria Institution, Kuala Lumpur before furthering his studies at the Anglo-Chinese School in Singapore in 1956.


Dato' Dr. M. Jegathesan was the first national sportsman to be awarded the title of National Athlete in 1966. This award is an acknowledgement by the National Sports Council of his exception achievements in that year. He is also the first Malaysian athelete to receive a medal in an international sports event at the time.

Ong Beng Hee

E-mail Print PDF

In 1998, Ong Beng Hee became the World Junior Champion in Princeton, United States, which has been traditionally been held by Pakistani players. 


Ong Beng Hee was placed as the 7th World Squash Player in 2001.

1998 Commonwealth Games

E-mail Print PDF
The 1998 Commonwealth Games (SUKOM 98) was an important event in the nation’s history as it was the first time that the games were hosted in Asia, and that Malaysia was chosen to host the event. 
The official mascot of the Commonwealth Games was the orangutan, which symbolized the country and is a great and clever creature, given the Malay name, Wira. Malaysia won 10 gold medals, 14 silver medals and 12 bronze medals as well as broke two SUKOM records and one national record in SUKOM 98.

Page 1 of 2

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »