2001 - Woman, Family and Community Development
(no translation yet) Pada tahun 2006, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama rapat dengan NGO melalui konsep perkongsian bijak. Pihak NGO akan diperuntukkan bantuan kewangan untuk menjalankan program-program seperti literasi undang-undang, latihan kemahiran, kempen kesedaran dan sebagainya.
Pada tahun 2005, sebanyak RM 2.9 juta telah diagihkan kepada NGO dan RM 4.4 juta kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri (MPWKN) untuk melaksanakan program pembangunan wanita dan keluarga. Ini telah memberi manfaat kepada 448,273 orang peserta. Untuk membantu NGO termasuk bagi badan kebajikan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya serta persatuan sukan dan belia meneruskan program/aktiviti mereka, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 138 juta ringgit dalam tahun 2006.
Pada tahun 2005, bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah mendapat khidmat penjagaan anak secara lebih teratur dan berkualiti, Kerajaan bersetuju supaya sepuluh buah TASKA Komuniti perintis ditubuhkan di bawah kawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). TASKA ini berasaskan prinsip perkongsian bijak Kerajaan-NGO di mana pihak NGO dan komuniti akan mengendalikan TASKA dengan bantuan dana Kerajaan.
Bagi membantu warga emas, golongan kurang upaya, golongan miskin dan daif, serta mangsa-mangsa bencana di peringkat akar umbi, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) telah ditubuhkan di setiap negeri dan kawasan parlimen. Majlis ini telah yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Oktober 2005.
Program Inisiatif Kewangan Wanita (I-Kew) ini telah dilancarkan oleh KPWKM pada 25 Ogos 2005 semasa Sambutan Hari Wanita. Di bawah program ini, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan JKM berkerjasama dengan enam buah syarikat untuk melaksanakan Program I-Kew. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti golongan wanita ke arah pembinaan dan pembangunan diri. Kumpulan sasar program ini adalah golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan siswazah wanita yang menganggur.
Bagi memperkasakan orang awam terutama wanita mengenai kesihatan serta kepentingan pengesanan awal penyakit, Klinik Nur Sejahtera telah menyediakan Call Centre yang dinamakan Healthline Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 25 Julai 2005. Maklumat kesihatan yang dipilih adalah berdasarkan penyakit-penyakit yang kerap berlaku di Malaysia supaya pencegahan dan rawatan awal boleh dilakukan.
Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat